Halaman

Jumaat, 16 Mei 2008

"GURU OH GURU"

Dialah pemberi paling setia;
Tiap akar ilmu miliknya;
Pelita dan lampu segala;
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat;
Akar kesetiaan mengalirkan nasihat;
Pemimpin yang bertauliah segala umat;
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa;
Jika hari ini seorang Raja menaiki tahta;
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara;
Jika hari ini seorang ulama yang mulia;
Jika hari ini seorang peguam menang bicara;
Jika hari ini seorang penulis terkemuka;
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa;
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Dimana-mana dia berdiri di muka muridnya;
Disebuah sekolah mewah di Ibu Kota;
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu;
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa;
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku;
Budi yang diapungkan didulang ilmu;
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat;
menjadi kenangan ke akhir hayat.

"Selamat Hari Guru"

Khamis, 15 Mei 2008

MAJLIS 'HI TEA' SEMPENA SAMBUTAN HARI IBU ~ 14 MAY 2008 ANJURAN PERKIM ULU KLANG

Kenangan Bersama Datin Seri Rosmah

Beramah Mesra Bersama Datin Seri Rosmah


Tidak Ketinggalan....
Bergambar Bersama Mawi World









































"IBU TERSAYANG SENTIASA DIHATI"

Detik meniti waktu;
Masa mengiringi tika;
Hari berganti bulan;
Bulan berganti tahun;
Segalanya membawa perubahan.....

Namun kasihku tidak berpenjuru;
Sayangku tidak bertepi;
Cintaku tidak bersegi;
Kasih, Sayang dan cintaku;
Hanya untukmu.....

Kaulah tawaku;
Kaulah Penyuluhku;
Kaulah Jiwaku;
Kaulah Penawarku;
Setiap masa, setiap detik, setiap ketika....
Kaulah segalanya....

Bersama ucapan ini;
Kau iringkan doa;
Agar kebahagian;
Sentiasa menyeri hidupmu;
Dan semoga dirimu;
Mendapat keberkatan Illahi;

"SALAM KASIH TAK TERHINGGA"

"SELAMAT HARI IBU"