Halaman

Rabu, 21 Julai 2010

PROGRAM 'JOM BERSANTAI'

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana apa yang dirancang terlaksana jua. Terima kasih kepada AJK Biro yang telah memberi komitmen yang jitu dan tidak dilupakan kepada peserta-peserta yang mengikuti rombongan ini. Walaupun perjalanan mengambil masa yang singkat, namun kemesraan diantara kami terjalin. Tujuan program ini diadakan ini diadakan untuk mengeratkan lagi silatulrahim sesama kita.
Tarikh : 17 Julai 2010
Tempat : Hutan Lipur Lentang, Bentong
Peserta : 40 orang
(Dalam perjalanan ke Hutan Lipur Lentang, Bentong)

(Bila la nak sampai ni.....)

(Menanti penuh kesabaran)

(Tiba di tempat yang ditujui)

(Nampak saya tak?)

(Apa lagi yang ditunggu...jom makan)


(AJK sedang sibuk berbual mesra dengan peserta)

(Dalam hutan pun sempat membeli...madu lebah)

(Mari menjamu selera)

(Keindahan alam semulajadi)

(Seronoknya bermain air)

(Pose yang menawan..)

(Istana Pasir yang dibina)

(Enaknya makan didalam air)
(Gaya Juara renang...dengan berpakaian baju kurung)

(Posing kak...jangan tak posing)

(Aktiviti menangkap bola dalam air diadakan)

(Jaga-jaga nak baling bola ni...)









































































































































































(Juara Renang)




























(Sedapnya makan dalam air)




























































































































































































































































































































































































































































































Siap berposing lagi....
























































































































































































































































































































































































Khamis, 15 Julai 2010

PAKAT BAIK-BAIK SELESAI MASALAH DALAMAN – NAJIB

ALOR SETAR 15 Julai. – Datuk Seri Najib Tun Razak meminta pemimpin Umno bahagian terutama di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang supaya sepakat mencari cara menyelesaikan masalah dalaman mereka supaya ia tidak memberi kesan kepada Barisan Nasional pada pilihan raya nanti.

Perdana Menteri dan Presiden Umno itu berkata pemimpin-pemimpin Umno bahagian tidak boleh terus bertelagah dan mereka perlu berdamai kerana hanya itu formula untuk mengembalikan kekuatan Umno.

Katanya anggota Umno terutama di bahagian-bahagian perlu mengetepikan sikap “kawan makan kawan” dan sebaliknya perlu bersikap “kawan makan lawan”, dan jika ia dilakukan, BN boleh kembali merampas kawasan dan negeri yang dikuasai pembangkang.

“Anggota Umno dan penyokong Umno sering tidak menyokong calon sendiri menyebabkan Umno kalah dalam pilihan raya. Jadi, bila pilihan raya, bahagian kenalah pakat pilih calon. (Kita) boleh menang kalau semua berpakat baik-baik. Pilih calon semua sokong,” katanya ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Kuala Kedah di sini hari ini.

Najib berkata apa yang berlaku sekarang ialah pemimpin dan anggota Umno terpaksa berhadapan dengan politik dalaman dan sering berbalah menyebabkan banyak puak wujud dalam bahagian.

Najib berkata beliau masih khuatir Umno akan gagal memenangi kembali kerusi dan negeri yang tewas pada pilihan raya lalu jika masalah dalaman di bahagian masih berterusan.

“Saya tak lena tidur jika tahu ada puak-puak dalam bahagian. Semua anggota Umno perlu kembali kepada asas-asas perjuangan dan kembali kepada perjuangan pemimpin Umno terdahulu,” katanya.

Beliau berkata anggota Umno perlu menjadikan kekalahan pada pilihan raya umum yang lalu sebagai iktibar dan menjadikan peristiwa lalu sebagai pengajaran.

“Jika tidak mimpi ngeri itu akan berulang. Ia akan menjadi satu igauan jika Umno gagal untuk berkuasa. Perjuangan kita jangan hanya berkisar kepada jawatan dalam parti. Kalau ada harta gunakan harta untuk membela rakyat,” katanya.

Beliau berkata jasa Umno bukan hanya kepada orang-orang Melayu tetapi kepada bukan Melayu dan ini sudah terbukti sejak lebih 60 tahun yang lalu menerusi kerjasama Umno dengan parti-parti kaum lain.

Sementara itu, Najib berkata pertimbangan kerajaan sekarang lebih kepada menjadikan ekonomi negara lebih kukuh dan membangunkannya dalam jangka masa panjang.

“Kerana itu apabila kita kurangkan perbelanjaan dalam subsidi, kita gunakan kembali untuk bangunkan masyarakat di luar bandar…elektrik dan air. Kita jimatkan belanja untuk peruntukan kawasan luar bandar,” katanya.

Katanya jika kerajaan dan pemimpin Umno menjalankan tugas mereka dengan sebaik-baiknya, beliau yakin rakyat akan terus dan kembali menyokong Umno dan BN. – Bernama

LEBIH 100 AHLI PAS SIK SERTAI UMNO

SIK, 6 Jan – Lebih 100 anggota Pas di sini bertindak keluar parti dan menyertai Umno akibat kecewa dan hilang kepercayaan dengan kepimpinan parti berkenaan.

Bekas Ketua Pemuda Pas Kampung Bandar Hilir Rashidi Sulaiman, 42, berkata lebih ramai penyokong Pas di daerah ini bakal menyertai Umno.

“Pemimpin Pas hanya tahu berjanji, tapi tidak tahu menunaikan janji. Kami melihat Umno dan Barisan Nasional sahaja yang mampu membela nasib rakyat,”katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang menyertai Umno kepada Pengerusi Badan Perhubungan Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.


Upacara penyerahan borang itu diadakan sempena majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Bandar Hilir, yang turut dihadiri Ketua Umno Bahagian Sik Mohd Tajuddin Abdullah.

Sementara itu, Ahmad Bashah ketika berucap pada majlis tersebut berkata, semangat gelombang merah yang diperkenalkan Umno Kedah kini mula menampakkan kejayaan apabila ramai anggota dan penyokong Pas menyertai parti berkenaan.


“Umno dan BN Kedah yakin dapat merampas kembali Kedah dalam PRU (Pilihan Raya Umum) ke-13 nanti jika keadaan ini berterusan,” katanya.

Rabu, 14 Julai 2010

WANITA BERGERAK TAMBAH AHLI, PEMILIH 25 – 31 JULAI



KUALA LUMPUR, 13 Julai – Wanita UMNO akan mengadakan Minggu Gerakan Menambah Keahlian & Daftar Pemilih di setiap cawangan seluruh negara pada 25 hingga 31 Julai ini.

Pengerusi Sekretariat Pentadbiran Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Puan Rosni Sohar memberitahu program tersebut adalah sebahagian daripada persediaan bagi berdepan pilihanraya umum akan datang.

Jelasnya seluruh cawangan Wanita UMNO akan bergerak dari rumah ke rumah bagi mengenalpasti ahli yang belum mendaftarkan diri sebagai pengundi di samping menambah keahlian UMNO.

“Program ini adalah sebahagian daripada persediaan kita berdepan dengan pilihanraya yang bersifat serampang dua mata.

“Kita bukan saja mahu menambah keahlian parti tapi yang paling penting memastikan setiap ahli termasuk masyarakat di kawasan kita mendaftar sebagai pemilih”, katanya kepada MediaUMNO di sini, hari ini.

Tambah beliau lagi Wanita UMNO sentiasa menekankan pendekatan akar umbi seperti mana penubuhan Skuad Sayang dan juga program Jalinan Rakyat.

Skuad Sayang misalnya kata beliau sudah menjadi jenama yang dikenali dan digemari masyarakat akar umbi.

“Kini setiap bahagian sudah menubuhkan Skuad Sayang yang berperanan mengenalpasti isu dan menyelesaikan masalah rakyat. Begitu juga Jalinan Rakyat yang merupakan jentera kita untuk mendekati pengundi dan memahami masalah mereka”, ujarnya.

Mengenai mesyuarat perwakilan bahagian pula beliau yang juga Setiausaha Wanita UMNO Malaysia memberitahu setakat ini sudah 186 bahagian selesai mengadakan mesyuaratnya.

“Alhamdulillah semua berjalan lancar dan kita lihat kebanyakan usul yang dibawa adalah berkaitan bagaimana hendak memperkasakan lagi parti dan pendekatan untuk mendekati rakyat”, katanya.

Jelas beliau lagi Wanita UMNO cukup bersedia untuk berdepan pilihanraya sekiranya ia berlaku dalam masa yang terdekat ini.

“Wanita UMNO bukan sahaja benteng hadapan tetapi umpama nadi kepada parti. Sebab itu kita sentiasa pastikan nadi ini sentiasa berdenyut”, ujarnya.

Sabtu, 10 Julai 2010

Ku Li Minta UMNO, komponen BN Perhebat Daftar Pemilih Baru

GUA MUSANG 10 Julai. – Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah meminta Umno dan parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain memperhebatkan gerakan mendaftar pemilih baru di kalangan generasi muda yang masih ramai belum berbuat demikian.
Beliau turut meluah kebimbangan bahawa kelewatan BN bertindak akan memberi peluang pembangkang memonopoli remaja cukup umur yang menjadi pengundi pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, golongan remaja yang berjumlah lebih 4 juta di negara ini memberi peluang cerah kepada BN untuk memenangi pilihan raya umum ke-13, jika gerakan secara besar-besaran dilancarkan bagi mendaftarkan mereka sebagai pemilih.

“Ini adalah peluang terbaik untuk kita memenangi pilihan raya umum akan datang, kerana jumlah yang ramai itu sudah tentu mengembalikan kekuatan untuk berdepan dengan pembangkang yang tidak kurang kuatnya,” katanya semasa berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Gua Musang di Dewan Bukit Chekati dekat sini.

Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Gua Musang turut meluahkan kebimbangan mengenai kekuatan Umno sekiranya ada di kalangan anggota parti tidak memahami asas perjuangannya.
Bagaimanapun, Tengku Razaleigh yakin kepimpinan yang ada sekarang, khususnya di peringkat pusat, mampu memulihkan keadaan itu berdasarkan perubahan yang berlaku sejak kebelakangan ini.

“Namun demikian, kita sebagai anggota Umno perlu menghayati perjuangan demi membela bangsa, agama dan negara untuk melahirkan sebuah negara yang mampu berdepan dengan sebarang cabaran.

“Kita juga perlu mengambil iktibar daripada kekalahan lima negeri yang jatuh kepada tangan pembangkang dalam pilihan raya umum lalu, untuk bekerja lebih kuat bagi merampas semula negeri terbabit dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Tengku Razaleigh berkata tidak ada sebab kelima-lima negeri tersebut tidak boleh ditawan semula kerana BN adalah sebuah parti yang kuat dan belum pernah tewas dengan mudah di tangan pembangkang. – Bernama/MediaUMNO
-->

Selasa, 6 Julai 2010

SEMAK PERUNTUKAN AKTA ATASI GEJALA BUANG BAYI

PETALING JAYA , 4 Julai – Kerajaan didesak supaya menyemak semula peruntukan yang termaktub dalam Seksyen 309A dan 309B, Kanun Keseksaan yang hanya mensabitkan kesalahan membunuh dan membuang bayi ke atas wanita sahaja.

Sehubungan itu, Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Kelana Jaya hari ini meminta kerajaan meminda peruntukan tersebut dengan alasan lelaki atau bapa kepada bayi yang dibunuh atau dibuang itu sebenarnya menjadi punca wanita tersebut hamil.

“Sehubungan itu, lelaki atau bapa yang mendorong kepada perbuatan pembunuhan dan pembuangan bayi mesti mendapat hukuman yang setimpal,” tegas satu daripada lapan usul sosial dan pendidikan yang diluluskan pada mesyuarat yang diadakan di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya tersebut.

Mesyuarat berkenaan dirasmikan oleh Exco Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Maznah Mazlan yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia.

Mesyuarat tersebut turut meluluskan usul supaya dijalankan kajian hukuman maksimum ke atas ibu bayi tersebut kerana membunuh atau sengaja membuang dengan niat membunuh.

PENGIKTIRAFAN KEPADA WANITA

KUANTAN, 4 Julai – Dua Hakim Syarie wanita pertama negara menganggap pelantikan mereka itu sebagai pengiktirafan terbesar bagi kaum tersebut.

Kedua-dua hakim itu, Rafidah Abdul Razak, 39, dan Suraya Ramli, 31, berazam untuk mengubah persepsi masyarakat terhadap kelemahan badan kehakiman syariah di negara ini.

Rafidah yang berasal dari Pulau Pinang ketika ditemui berkata, beliau bersedia memikul tanggungjawab yang diamanahkan dan berharap dapat mengubah persepsi segelintir masyarakat terhadap badan kehakiman syariah di negara ini.

“Persepsi sebelum ini yang menganggap Hakim Syarie lelaki sebagai berat sebelah adalah tidak benar kerana kami mendapat pendidikan yang sama sahaja tanpa mengira jantina.

“Saya berharap selepas ini tiada lagi tohmahan segelintir masyarakat kerana sama ada lelaki atau wanita yang menjadi Hakim Syarie, ia tetap berpandukan pada undang-undang,” katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian Persidangan Pegawai Syariah Seluruh Malaysia Kali Ke-12 di sini, semalam.

Rafidah dan Suraya yang sebelum ini bertugas di JKSM, memulakan tugas pertengahan Mei lalu dengan masing-masing ditempatkan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Rafidah sebelum ini bertugas sebagai Pegawai Penyelidik Ketua Hakim Syarie manakala Suraya pula sebagai Penolong Pengarah Kanan Bahagian Latihan JKSM dengan masing-masing berkhidmat selama enam tahun.

Sementara itu, Suraya, 31, gembira dengan pelantikan tersebut yang sekali gus mengangkat martabat wanita dalam bidang kehakiman syarie di negara ini.

“Saya anggap ini satu tugas besar dan akan menjalankan tugas dengan penuh amanah dan adil."

“Saya berharap dengan pengiktirafan ini, lebih ramai wanita akan mampu memegang jawatan yang selama ini didominasi kaum lelaki,” kata anak kelahiran Sabah itu

WANITA TERUS KUASAI IPTA

KUALA LUMPUR, 4 Julai – Pelajar wanita masih menguasai tempat di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) apabila 58.6 peratus (61,750 pelajar) daripada 105,377 pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran di IPTA bagi sesi pengajian 2010/2011 adalah daripada golongan itu.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, daripada jumlah itu, seramai 40,366 pelajar mengikuti pengajian di peringkat ijazah pertama manakala 65,011 pelajar peringkat diploma termasuk di politeknik.

‘‘Jumlah tersebut termasuk bilangan pelajar yang mendaftar di Universiti Malaysia Pahang (UMP) iaitu seramai 1,614 orang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan minggu induksi siswa UMP kampus Kuantan, Pahang hari ini.

Sementara itu, di Bangi, Selangor, Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Tan Sri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin berkata, pelajar wanita masih mendominasi program ijazah pertama seperti tahun-tahun sebelumnya iaitu sebanyak 68 peratus.

Menurutnya, seramai 3,635 pelajar baru mendaftar bagi program ijazah pertama di universiti tersebut dengan 2,471 orang adalah wanita.

‘‘Tahun ini, pelajar wanita yang mendaftar mencatat jumlah teramai berbanding tahun-tahun sebelumnya,” katanya pada sesi pendaftaran pelajar baru Ijazah Pertama Sesi Akademik 2010/2011 di Kolej Kediaman Keris Mas, kampus induk universiti itu.

Di Kota Bharu, Kelantan, Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan, Prof. Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak berkata, daripada 533 penuntut baru yang mendaftar hari ini, 355 adalah wanita.

Menurutnya, kemasukan pelajar wanita yang melebihi lelaki tidak boleh dielakkan kerana semua pelajar harus diberi peluang sama dan mereka yang layak harus diberi tempat.

‘‘Pelajar terbabit mendaftar untuk mengikuti pengajian di tiga pusat pengajian iaitu seramai 180 akan melanjutkan pengajian di Pusat Pengajian Sains Perubatan, Sains Pergigian, 43 orang dan Sains Kesihatan, 292 orang,’’ katanya.

Dalam pada itu, bagi program diploma, daripada 36,000 pelajar yang mendapat tawaran di 15 IPTA di seluruh negara, pelajar wanita adalah seramai 21,567 (58.45 peratus) sementara pelajar lelaki, 15,333 orang (41.55 peratus).

Di beberapa universiti, jumlah pelajar wanita yang mendapat tawaran mengatasi pelajar lelaki, umpamanya di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), seramai 225 (90 peratus) pelajar wanita mendapat tawaran sementara pelajar lelaki seramai 25 orang (10 peratus).

Di Universiti Teknologi Mara (UiTM) pula, seramai 14,458 (61.24 peratus) pelajar baru di universiti itu adalah pelajar wanita diikuti lelaki 9,152 orang (38.76 peratus).

Sementara di Universiti Putra Malaysia (UPM) pelajar wanita yang mendapat tawaran mengikuti program diploma adalah seramai 540 orang (60.67 peratus) dan lelaki, 350 orang (39.33 peratus).

Di Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA) pula, pelajar baru wanita adalah seramai 619 orang (71.98 peratus) manakala pelajar lelaki 241 orang (28.02 peratus).