Halaman

Khamis, 26 Ogos 2010

NIK AZIZ SYOK SENDIRI – WANITA KELANTAN

Kuala Lumpur 24 Ogos – Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar boleh disifatkan sebagai bacul dan penakut kerana tindakannya yang sanggup merempat ke luar negara untuk mendapatkan perhatian selepas gagal di tanah air sendiri.

Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Rizalman Datuk Mokhtar menyifatkan perbuatan Nurul Izzah itu membuktikan pemimpin pembangkang kini sudah ketandusan idea dan terpaksa menggunakan pelbagai cara untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap mereka.

“Biasanya orang yang tidak ada keyakinan diri dan takut dengan bayang-bayangnya saja sanggup melakukan seperti apa yang dibuat oleh Nurul Izzah sehingga ke luar negara untuk mendapatkan publisiti.

“Sebenarnya Nurul Izzah takut buat kenyataan di sini kerana orang kenal dengan perangainya dan sudah tahu apa yang hendak dicakapkan. Dia ini lebih kurang macam bapanya juga (Anwar Ibrahim) yang suka buat kenyataan tidak betul dan suka berbohong untuk tarik perhatian orang,” katanya ketika dihubungi UMNO-online.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk SeriHishammuddin Hussein terhadap Nurul Izzah memburukkan imej Malaysia di luar negara membuktikan perjuangan mereka tidak diterima di negara sendiri.

Dalam kenyataan itu Hishammuddin turut menyatakan bahawa pembangkang sudah diberi peluang menjadi pentadbir di beberapa negeri, namun pakatan pembangkang masih gagal melaksanakan tugas.

Rizalman berkata, apa yang dilakukan oleh Nurul Izzah membuktikan pakatan pembangkang sudah ketandusan idea dan sehingga sanggup memburuk-burukkan negara di luar negara untuk dapat perhatian.

“Sepatutnya Nurul Izzah menggunakan saluran-saluran yang ada di negara ini, sesiapa sahaja boleh bercakap jika perkara itu betul. Dia juga ahli parlimen dan boleh bawa perkara ini ke parlimen jika apa yang dicakapkan itu betul, tapi masalahnya dia bercakap dekat luar kerana tidak yakin apa yang dicakapkan.

“Nurul Izzah seharusnya dikenakan tindakan undang-undang kerana membuat kenyataan palsu yang membabitkan keselamatan negara, dia juga boleh dianggap sebagai pengkhianat kerana sanggup menceritakan masalah negara kepada orang luar,” katanya.

Katanya, Nurul Izzah harus menumpukan perhatian kepada tugas beliau sebagai Ahli Parlimen Lembah Pantai kerana sejak menjadi wakil rakyat di sana banyak masalah berlaku berbanding dengan ketika Barisan Nasional (BN) menjadi wakil rakyat dahulu.

Menurutnya, Nurul Izzah menggunakan kelebihan sebagai seorang wanita menyebabkan beliau sering mendapat perhatian terutama di kalangan media-media asing.

PAS SELAMATKAN GUAN ENG, BUKAN SYARIAH ISLAM -ZABARIAH

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Pas tidak perlu dangkal dan terus menyembunyikan kejadian sebenar berhubung penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di dalam doa khutbah solat Jumaat yang berlaku di beberapa masjid di negeri berkenaan, baru-baru ini.

Ketua Wanita UMNO Pulau Pinang, Zabariah Wahab menyifatkan tindakan Pas yang menuduh UMNO sengaja mereka-reka cerita membuktikan bahawa Pas cuba menegakkan benang basah di dalam usaha mereka menyelamatkan imej kepimpinan pakatan pembangkang yang semakin tercalar.

“Di mana prinsip perjuangan Pas yang menjadikan agama sebagai paksi mereka, demi untuk menyelamatkan rakan seperjuangan mereka (Dap)? Pas sengaja mengalih pandangan dengan menuduh UMNO sengaja membuat tuduhan sedangkan khatib yang terbabit itu sudah pun mengaku.

“Sebenarnya, Pas cuba menyelamatkan Guan Eng dan kepimpinan (pakatan pembangkang) negeri yang kini kelam kabut kerana banyak menimbul masalah dan menyebabkan rakyat tidak puas terutamanya orang kita (orang Melayu) dengan apa yang berlaku sejak sekarang,” katanya ketika dihubungi UMNO-online, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Timbalan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Mujahid Yusof Rawa yang menuduh UMNO membuat fitnah dan berbohong dengan mendakwa beberapa khatib dan imam di Pulau Pinang menggunakan nama Guan Eng menggantikan nama Seri Paduka.

Menurutnya, Pas Pulau Pinang cuba menyembunyikan kenyataan dengan mengatakan dakwaan itu tidak benar dan belum terbukti sedangkan khatib yang membaca khutbah dan doa itu sudah pun mengaku perbuatannya.

“Saya tak faham dengan Pas ni, apa lagi yang ingin mereka cuba nafikan, khatib yang baca khutbah itu pun dah mengaku, nama dan gambar sudah disiarkan dalam surat khabar, saya tidak hairan jika Pas akan mengatakan semua itu perancangan UMNO.

“Pada bulan yang mulia, saya menyeru kepada orang Pas janganlah berburuk sangka sesama Islam sedangkan perkara itu sudah nyata, terimalah hakikat dengan apa yang berlaku, janganlah untuk menjaga kepentingan politik kita buat fitnah,” katanya.

Zabariah yang juga Adun Bertam, berkata walaupun beliau tidak mendengar butiran khutbah itu kerana tidak mengikuti solat Jumaat tetapi dia ada menerima laporan dan aduan dari orang ramai berhubung kejadian berkenaan.

“Kita orang perempuan tidak pergi sembahyang Jumaat, tapi ada mendengar kejadian ini, pada mulanya saya tidak percaya dengan apa yang berlaku, tetapi apabila ramai yang berjumpa dan mengadu pada saya, benarlah apa yang dikatakan.

“Sebenarnya, Pas negeri cuba menutup kelemahan yang berlaku terhadap wakil mereka di dalam kerajaan negeri, wakil Pas tak buat kerja mereka ini hanya ikut telunjuk Ketua Menteri, sebab itu mereka akan cuba sedaya upaya untuk pertahankan Ketua Menteri Melaka,” katanya.
Menurutnya, ini bukan pertama kali pemimpin Pas negeri cuba mempertahankan apa jua tindakan pemimpin pakatan pembangkang walaupun perkara itu menyentuh kepentingan orang Melayu dan agama Islam di Pulau Pinang.

MERDEKA MINDA UNTUK ANJAK KEMAMPUAN-SHAHRIZAT

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Wanita diseru memerdekakan minda dan meneruskan usaha menganjak kemampuan diri agar menjadi golongan yang lebih berpengetahuan, berkemahiran dan inovatif.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata ia bagi memastikan wanita akan terus memainkan peranan dengan lebih relevan.

“Saya juga ingin mengucapkan syabas kepada pemimpin wanita, terutamanya dari golongan muda yang bersama-sama mendokong hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang dinamik dan progresif.

“Sesungguhnya generasi muda adalah generasi yang penting dalam mencorakkan masa depan negara berbekalkan idealisme serta tenaga mereka,” katanya dalam satu kenyataan sempena sambutan Hari Wanita Peringkat Kebangsaan 2010 yang akan disambut esok.

Tema sambutan Hari Wanita tahun ini ialah 1Azam-Wanita 1Malaysia yang membawa pengertian kaum hawa di negara ini mendokong hasrat kerajaan dalam merealisasikan Program Transformasi Kerajaan, Bidang Keberhasilan Utama Negara, Model Baru Ekonomi dan Rancangan Malaysia Ke-10.

Wanita 1Malaysia juga berazam mencapai wawasan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi.

Dalam kenyataan itu, Shahrizat turut merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada pemimpin terdahulu yang melahirkan generasi pelapis untuk memainkan peranan membentuk gagasan modal insan berkualiti.

Rabu, 18 Ogos 2010

BUANG BAYI KINI KES BUNUH -SHAHRIZAT

KUALA LUMPUR, 12 Ogos – Kabinet hari ini mengarahkan polis menyiasat kes pembuangan bayi sebagai kes percubaan membunuh atau sekiranya dengan niat sebagai kes bunuh yang boleh dijatuhi hukuman gantung.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata penguatkuasaan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu mendapat persetujuan Jemaah Menteri semalam.

Menurutnya, penguatkuasaan mengikut seksyen tersebut membuktikan kerajaan serius mengekang gejala pembuangan bayi daripada berleluasa.

“Saya telah berbincang dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein supaya Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan penyiasatan kes pembunuhan bayi mengikut Kanun Keseksaan.
“Kementerian juga akan menerima pakai penukaran perkataan ‘buang bayi’ kepada ‘pembunuhan bayi’. Ini amaran keras bahawa bayi bukannya dilahirkan untuk dibunuh sesuka hati,” katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan program Penyerahan Bantuan Khas Perbendaharaan dengan nilai bantuan RM2,657,010 kepada 59 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di kementeriannya di sini, hari ini.

Beliau berkata, arahan terbaru itu diputuskan selepas isu mengenai kes buang bayi dibangkitkan oleh kementerian itu pada mesyuarat Jemaah Menteri, semalam.

Shahrizat berkata, Jemaah Menteri telah bersetuju bahawa kerajaan perlu mengambil tindakan yang lebih berkesan bagi membendung penularan kes tersebut kerana kejadian pembuangan bayi masih berleluasa walaupun kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk menanganinya.

Sehubungan itu, katanya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah diminta untuk menyiasat kes itu sebagai kes percubaan membunuh dan kes bunuh.

“Kerajaan tiada pilihan lain berhubung perkara ini memandangkan kes-kes pembuangan bayi sesungguhnya adalah kes pembunuhan bayi,” katanya.

Beliau menjelaskan, sebagai tindakan susulan, pihak PDRM telah diminta untuk menggunakan kaedah ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk mengenal pasti ibu dan bapa kepada bayi yang tidak berdosa itu.

Ketua Wanita itu berkata, langkah itu wajar bagi membawa mereka yang bertanggungjawab ke atas kes pembunuhan kejam bayi ke muka pengadilan dan diberikan hukuman yang setimpal dengan tindakan mereka yang tidak berperikemanusiaan itu.

Sehingga hari ini, terdapat 60 kes pembuangan bayi dilaporkan.

Beliau berkata, bukan sahaja wanita yang terlibat dengan kes pembuangan bayi akan dikenakan siasatan ini tetapi juga lelaki yang menyebabkan wanita itu mengandung.

“Kita sekian lama mengambil pedekatan kebajikan, tetapi saya melihat bahawa walaupun kita ada kempen atau macam-macam program tetapi masih ada pasangan yang sanggup bunuh bayi mereka, saya nak kata, kerajaan tidak akan biarkan perkara ini berlaku,” katanya.

Beliau berkata tidak ada alasan bagi mereka untuk membuang bayi kerana terdapat pelbagai cara telah diwujudkan untuk membantu dan menangani pasangan yang terdesak yang berada di dalam keadaan yang ingin membuang bayi.

Antaranya mereka boleh pergi ke pejabat-pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat, hospital, polis dan sebagainya yang terdapat di seluruh negara.

“Sebab itu selepas ini tiada maaf bagimu, ada sahaja kes selepas ini akan diklasifikasikan di bawah kes bunuh,” katanya.

Isnin, 16 Ogos 2010

LEBIH 44,000 KELUARGA MISKIN LAYAK TERIMA BANTUAN TEMAN 1AZAM

RAUB, 10 Ogos – Seramai 44,643 keluarga miskin dan miskin tegar di seluruh negara dikenal pasti layak menerima bantuan melalui program Akhiri Zaman Miskin atau Teman 1Azam.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, daripada jumlah tersebut, 20,360 keluarga sudah menerima bantuan berkenaan sementara bakinya pada penghujung tahun ini.

Beliau berkata, mereka yang menerima bantuan itu adalah terdiri daripada 222,000 penduduk miskin dari seluruh negara yang berdaftar melalui e-kasih pada tahun 2008.

“Bantuan progam Teman 1Azam ini merupakan inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi meningkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah berteraskan konsep keusahawanan sosial dan pendekatan kebajikan produktif,” katanya selepas majlis pelancaran Teman 1Azam peringkat daerah di sini, hari ini.

Katanya, bantuan itu diberikan bagi membantu ketua isi rumah keluarga terbabit menjadi usahawan melalui projek pertanian dan perniagaan.

Sehingga kini katanya, seramai 900 wanita juga telah menerima bantuan keusahawanan berkenaan.

“Program ini juga meliputi aktiviti keagamaan, bengkel motivasi dan perubahan minda, pemeriksaan kesihatan keluarga dan bengkel kesukarelaan Jiwa Malaysia untuk pelajar universiti,” katanya.

Bagi peringkat Parlimen Raub, kira-kira 500 penduduk termasuk 137 ketua isi rumah miskin dan miskin tegar dan 100 pelajar sekolah menerima bantuan bulanan yang keseluruhan bernilai RM514,000.

Rabu, 11 Ogos 2010

LEBIH 44,000 KELUARGA MISKIN LAYAK TERIMA BANTUAN TEMAN 1AZAM

RAUB, 10 Ogos – Seramai 44,643 keluarga miskin dan miskin tegar di seluruh negara dikenal pasti layak menerima bantuan melalui program Akhiri Zaman Miskin atau Teman 1Azam.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, daripada jumlah tersebut, 20,360 keluarga sudah menerima bantuan berkenaan sementara bakinya pada penghujung tahun ini.

Beliau berkata, mereka yang menerima bantuan itu adalah terdiri daripada 222,000 penduduk miskin dari seluruh negara yang berdaftar melalui e-kasih pada tahun 2008.

“Bantuan progam Teman 1Azam ini merupakan inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi meningkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah berteraskan konsep keusahawanan sosial dan pendekatan kebajikan produktif,” katanya selepas majlis pelancaran Teman 1Azam peringkat daerah di sini, hari ini.

Katanya, bantuan itu diberikan bagi membantu ketua isi rumah keluarga terbabit menjadi usahawan melalui projek pertanian dan perniagaan.

Sehingga kini katanya, seramai 900 wanita juga telah menerima bantuan keusahawanan berkenaan.

“Program ini juga meliputi aktiviti keagamaan, bengkel motivasi dan perubahan minda, pemeriksaan kesihatan keluarga dan bengkel kesukarelaan Jiwa Malaysia untuk pelajar universiti,” katanya.

Bagi peringkat Parlimen Raub, kira-kira 500 penduduk termasuk 137 ketua isi rumah miskin dan miskin tegar dan 100 pelajar sekolah menerima bantuan bulanan yang keseluruhan bernilai RM514,000.

Isnin, 9 Ogos 2010

SALAM RAMADHAN


Saya mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak. Didoakan agar amalan kita tahun ini lebih baik dari sebelum ini. Mohon keampunan dan kemaafan sekiranya ada terkasar tutur bahasa dan kelakuan yang tidak disenangi. Didoakan agar kesihatan kita sihat walafiat dan dipanjangkan umur. Amin...

Selasa, 3 Ogos 2010

PAS TAK MAMPU BERSUARA BELA MARUAH MELAYU -SHAHRIZAT


KUALA LUMPUR 29Julai –“Pas dalam beberapa isu terutama hak keistimewaan Bumiputera dan orang Melayu, kita lihat Pas memang tersepit, mereka tidak mampu bersuara untuk mempertahankan terutamanya orang Melayu,” kata Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Katanya, banyak perkara yang membabitkan orang Melayu, pemimpin Pas dan Melayu dalam PKR lebih banyak mendiamkan diri dan tidak berani menentang atau mempertahankan isu yang dibawa oleh DAP.

“Saya tengok cara Pas berpolitik amat mengecewakan, saya tengok bukan sahaja agama budaya dan hak-hak, Pas memang tidak menjadi benteng yang kukuh untuk orang Melayu.

“Sebenarnya dalam pakatan pembangkang, kombinasi dan menentukan masa depan pakatan itu bukan PKR, bukan Pas tetapi DAP, jadi prinsip perjuangan DAP-lah akan menjadi semangat kepada perjuangan politik mereka,” katanya ketika diminta mengulas ingatan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak supaya DAP tidak terlalu menekankan soal hak istimewa orang Melayu dan bumiputera sehingga menimbulkan kemarahan dan rasa tidak puas hati di kalangan kaum.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengingatkan kepada pakatan pembangkang terutama DAP supaya tidak membangkitkan isu-isu, hak dan semua yang sudah dipersetujui serta termaktub dalam perlembagaan.

Menurutnya, berikutan pengongkongan DAP dalam pakatan pembangkang menjadikan isu-isu membabitkan agama dan orang Melayu sudah mula dipinggirkan, dan tidak diperjuangkan oleh mereka dalam pakatan pembangkang.

“Kita mahu wujudnya kestabilan negara terutama kestabilan politik, saya nak minta kepada semua pihak jangan bangkitkan isu-isu, hak dan perkara yang dipersetujui dan termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

“Kalau mana-mana pihak yang mula untuk mempersoal dan meruntuhkan hak-hak keistimewaan itu, ia membawa kepada implikasi serius, dan kita Wanita UMNO berdiri teguh menyokong pendirian Presiden parti,” katanya.

Rentetan kenyaataan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua yang mahu Kerajaan Selangor memansuhkan diskaun Bumiputera dalam pemilikan harta di negeri berkenaan, ia telah menimbulkan rasa tidak senang di kalangan orang Melayu terutama pemimpin UMNO.

Shahrizat berkata, pakatan pembangkang terutama DAP perlu berhati-hati dalam membangkitkan sesuatu perkara dan jangan cuba mengambil kesempatan memainkan sesuatu isu kerana boleh mengugat ketenteraman perpaduan yang sudah dibina oleh pemimpin terdahulu sejak sebelum merdeka.

Beliau mengingatkan, pemimpin pembangkang jangan memainkan isu sensitif dalam usaha untuk mendapat sokongan politik semata-mata sedangkan ketenteraman awam terancam oleh resah, tidak puas hati, jurang perkauman dan masa depan negara terancam

TERIMA KASIH BELA KELUARGA KAMI -YUSUF

KOTA BHARU, 29 Julai – Kisah sedih penghuni ‘reban ayam’ yang mendapat perhatian Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akan berakhir tidak lama lagi apabila rumah baru mereka dijangka siap sebelum Hari Raya Aidilfiri.

Yusuf Wahab, 35, dari Kampung Pauh, Badang, dekat sini bersama isteri, Butima Jalim, 36, dan tiga anaknya bakal memiliki rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) bernilai RM33,000 tidak jauh dari tapak berhampiran rumah lamanya.

Yusuf yang ditemui Utusan Malaysia semasa kerja pembersihan tapak itu hari ini berkata, dengan terdirinya rumah itu nanti, dia berharap anak-anaknya berpeluang membesar secara normal seperti kanak-kanak sebaya mereka.

Dua daripada anaknya, Nor Atikah, 6, dan Muhamad Haikal, 5, sudah bersekolah di Tadika Kemas Sri Pauh dekat sini manakala seorang lagi anak lelaki bongsunya, Muhammad Aiman, berusia tiga tahun.

“Anak-anak saya akan dapat bermain dan belajar dengan lebih baik dan tidak berasa panas seperti keadaan di bawah rumah dulu.

“Walaupun bukan niat saya untuk menyusahkan sesiapa, saya amat berterima kasih kepada semua yang memberi perhatian dengan masalah yang kami hadapi selama ini.

“Saya anggap ini satu rezeki dan rahmat kerana ramai lagi sebenarnya yang mengalami nasib lebih teruk daripada saya sekeluarga,” katanya.

Kisah keluarga itu mendapat perhatian secara meluas apabila Shahrizat turun sendiri melawat mereka awal bulan ini.

Semasa lawatannya itu, Shahrizat yang juga Ketua Pergerakan Wanita UMNO begitu terkejut dengan suasana yang dilihatnya sehingga menyatakan tidak menyangka adegan seperti dalam filem P. Ramlee itu dapat dilihat dengan mata kepala sendiri.

Yusuf yang tidak mempunyai pekerjaan tetap, memilih untuk tinggal di kolong bawah rumah pusaka arwah ayah tirinya itu setelah adik perempuannya yang mendapat hak rumah tersebut pulang ke Kelantan.

Dia yang pernah bekerja di Kuala Lumpur sebagai pengawal keselamatan sebelum ini, kembali tinggal bersama ibunya, Saudah Awang, 66, di kampung itu pada 2005 selepas kelahiran anak pertamanya.

“Rumah asal ini pun sudah banyak dimakan anai-anai dan tidak berapa kukuh, jadi daripada saya menyusahkan adik dan ibu, lebih baik kami turun ke bawah.

“Lagipun anak-anak saya ini lebih bebas untuk berlari ke sana ke mari,” katanya yang mendapat pendapatan antara RM300 hingga RM500 sebulan hasil usahanya memelihara burung dan ayam secara sambilan untuk dijual selain sekali sekala mendapat upah memandu lori,” katanya.