Halaman

Jumaat, 11 Mac 2011

PEMBANGKANG PERLU TERIMA HAKIKAT KEHENDAK RAKYAT

KUALA LUMPUR 11 Mac – Pembangkang perlu menerima hakikat bahawa kekalahan mereka dalam beberapa pilihan raya kecil yang diadakan membuktikan bahawa rakyat sudah dapat menilai siapakah yang seharusnya dipilih untuk mewakili.

Ketua Wanita UMNO Pahang, Datuk Rosni Zahari menyifatkan kemenangan berganda Barisan Nasional (BN) di pilihan raya kecil Dun Kerdau dan Merlimau membuktikan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan negara yang diterajui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


“Seperti biasa, pembangkang akan memberi pelbagai alasan apabila mereka kalah dalam pilihan raya, yang pasti mereka akan membuat pelbagai tuduhan kepada BN terutamanya UMNO apabila mereka kalah.

“Itulah perangai pembangkang apabila kalah, mereka akan tuduh kita menggunakan jentera kerajaan ketika berkempen serta bermacam-macam lagi tuduhan yang dilemparkan, tetapi apabila mereka menang nada itu berubah sama sekali,” katanya.