Halaman

Selasa, 28 Jun 2011

DASAR 30 PERATUS WANITA TIDAK GUGAT PASARAN

Keputusan kerajaan buka era baru: Shahrizat


KUALA LUMPUR: Dasar 30 peratus wanita pada peringkat pembuat keputusan di sektor swasta, akan meliputi syarikat yang tersenarai dalam Bursa Malaysia, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat dan institusi berkanun, serta institusi kewangan.


Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan melakukan audit selepas tiga tahun pelaksanaannya bagi meneliti sejauh mana dilaksanakan syarikat swasta dan korporat terbabit.



Menterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata pelaksanaan fasa pertama dasar baru itu tidak akan membabitkan sebarang penguatkuasaan undang-undang, tetapi lebih kepada penggunaan pendekatan meyakinkan dan sebagai notis bagi tempoh peralihan lima tahun yang diberikan.



Katanya, ini berikutan banyak perubahan berkaitan yang perlu diberi tumpuan dengan mengambil kira produktiviti, keuntungan, sekuriti dan juga pasaran.



Beliau yakin penyertaan wanita pada peringkat pembuat keputusan dapat meningkatkan produktiviti syarikat terbabit, berasaskan penyelidikan dan pengalaman negara lain yang sudah mengamalkan dasar sama.



“Ini kerana wanita memiliki kepakaran, kelayakan, potensi, bakat, ilmu, pengetahuan dan pengalaman yang cukup baik. Insya-Allah, ia (dasar ini) tidak akan menggugat pasaran, sekuriti mahupun bidang korporat dan perniagaan di Malaysia. Kita membawa dasar ini sebagai ‘lebuh raya’ yang membuka era baru untuk kepimpinan wanita dalam sektor korporat dan swasta,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, semalam.



Shahrizat juga percaya tempoh peralihan lima tahun adalah jangka masa munasabah dan praktikal untuk memastikan dasar ini akan memberi impak positif kepada sekuriti, pasaran, produktiviti serta keuntungan syarikat, manakala kementeriannya akan mengenal pasti dan mula melatih wanita yang berkelayakan dalam tempoh terdekat.

Isnin, 27 Jun 2011

WANITA SIAP SEDIA LAWAN B.E.R.S.I.H - SHAHRIZAT

KUALA KUBU BAHRU 26 Jun – Wanita UMNO dan Barisan Nasional (BN) diarah supaya bersiap sedia untuk bersama-sama menentang perhimpunan haram Bersih yang dirancang akan diadakan pada 9 Julai nanti.


Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Jalil berkata, jika perlu Wanita UMNO dan BN akan turut serta menentang perhimpunan haram jika mendapati perancangan itu boleh menimbulkan pelbagai masalah dan menjejaskan keselamatan negara.

“Kita pantang dicabar, jangan temgok wanita itu lembut mereka boleh lakukan apa sahaja, kalau perlu kita turun, kita akan akan turun padang bersama-sama menentang mereka yang cuba gugat keselamatan negara, wanita sentiasa bersiap sedia.


“Saya pun tidak tahu, mengapa mereka perlu membuat perhimpunan untuk kemukakan bantahan dengan mengadakan perhimpunan, mereka kata ada lapan bantahan yang ingin dikemukan, mereka boleh kemukakan, bukan setakat lapan, lapan puluhan bantahan pun, kita boleh terima tanpa perlu buat perhimpunan,” katanya selepas merasmikan Majlis Penutup Mesyuarat Wanita UMNO Bahagian Hulu Selangor.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas ucapannya di majlis berkenaan yang meminta supaya Wanita UMNO dan BN bersiap siaga untuk bersama-sama menentang perhimpunana harama Bersih untuk memastikan kestabilan negara, agama dan bangsa.


Dalam ucapannya itu, Shahrizat berkata beliau kesal dengan apa yang cuba dilakukan oleh Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sareevenasen untuk mengadakan perhimpunan ram hanya kerana tidak berpuas hati dengan SPR.


Menurutnya, apa yang dilakukan oleh Ambiga itu bukan disebabkan tidak berpuas hati dengan SPR tetapi mempunyai niat jahat walaupun pelbagai pihak menentang apa yang ingin dilakukan oleh mereka.


“Sepatutnya, dia terima cadangan SPR untuk adakan rundingan, tetapi dia menolak, ini menunjukkan dia mempunyai niat jahat apabila ingin terus mengadakan perhimpunan haram itu,” katanya.


Shahrizat berkata, Wanita UMNO dan BN tidak boleh berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mengugat keselamatan negara dan bersedia untuk bersama-sama dengan mana-mana pihak menentang mereka yang ingin membuat kekacauan di negara ini.

Sabtu, 25 Jun 2011

PROGRAM "JEJARI BISTARI"
























































































Rabu, 22 Jun 2011

HANYA KERANA ENGGAN RUJUK SEMULA, JANDA MUDA DITIKAM GUNA GUNTING

KUALA LUMPUR, 21 Jun — Hanya kerana enggan rujuk semula, seorang wanita cedera parah apabila diserang dengan gunting sehingga cedera di kepala, leher dan muka oleh bekas suami dalam pergaduhan di tempat letak kereta di sebuah pasar raya.


Dalam kejadian yang berlaku di Kota Baru semalam, pelatih salun kecantikan Hazita Mohamad, 28, berasal dari Tumpat, berkunjung ke pasar raya itu untuk membeli barang keperluan salun.

Kejadian malang yang menimpa wanita malang itu berlaku kira-kira pukul 4 petang apabila Hazita enggan menuruti permintaan bekas suaminya yang berusia 29 tahun supaya kembali semula kepadanya.


Difahamkan keengganan merujuk kembali menjadi punca motif kejadian berlaku. Ekoran itu, wanita malang itu dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan berada dalam keadaan stabil.


Ketua Polis Daerah Kota Baru, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, sebelum itu, bekas suami mangsa dikatakan telah mengekori kereta yang dipandu wanita tersebut hingga ke pasar raya berkenaan.


Katanya, sebaik tiba di tempat letak kereta, suspek telah menerpa masuk ke dalam kereta mangsa lalu berlaku pergelutan.


“Mangsa telah dikelar di muka dan ditikam di kiri dan kanan leher serta belakang kepala dengan gunting.

“Suspek kemudian melarikan diri selepas orang ramai cuba meleraikan pergaduhan tersebut,” katanya.

Tambahnya, siasatan awal pihaknya mendapati punca pergaduhan itu ialah kerana suspek naik berang selepas permintaannya untuk rujuk ditolak mentah-mentah oleh mangsa.

Menurut Azham, pihaknya telah mengenal pasti identiti suspek yang bekerja sebagai pembantu hospital itu dan yakin dia akan ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun

Keseksaan iaitu mendatangkan cedera.

Jumaat, 17 Jun 2011

PROGRAM RAKAMAN "TANYALAH USTAZ'



























Ahad, 5 Jun 2011

MESYUARAT PERWAKILAN BAHAGIAN WANGSA MAJU 2011