Halaman

Sabtu, 14 April 2012

Khamis, 12 April 2012

AURA PENYANYI WARGA EMAS


DENGAN memakai kasut yang diperbuat daripada kulit pokok limau, sekumpulan wanita warga emas dari Rusia mengemaskan gerak tari mudah sambil diiringi lagu yang mempesonakan. Mereka yang menetap di kaki Gunung Ural itu mahu mencipta kemasyhuran di pentas hiburan.


Biarpun kurang mendapat publisiti, kumpulan muzik dari pedalaman yang dinamakan Buranovskiye Babushki (Nenek-Nenek Buranovo) itu telah terpilih untuk mewakili Rusia dalam pertandingan nyanyian Eurovision.

Persembahan mereka menerusi lagu Party for Everybody berjaya menawan hati masyarakat. Kumpulan itu merupakan calon pilihan untuk memenangi pertandingan yang bakal berlangsung di Baku, Mei nanti.

"Kami tidak tahu berapa usia kasut ini. Ia telah dibaik pulih beberapa kali sebelum ini sehingga terdapat lubang di dalamnya, tetapi saya tetap selesa menari dengannya," kata Valentina Pyatchenko, 74.

Berumur dalam lingkungan 43 hingga 76 tahun, kebanyakan wanita berkenaan menetap di rumah-rumah kayu di kawasan perkampungan mereka di Buranovo.

Bagaimanapun, kilauan pentas Eurovision telah hadir di kampung mereka. Di dewan tempat mereka melakukan latihan, sijil penyertaan pertandingan itu digantung berhampiran notis aktiviti hiburan hujung minggu mereka.

Mereka juga dijadualkan berlepas ke Moscow untuk melakukan persembahan untuk sebuah yayasan yang diketuai oleh wanita pertama Rusia, Lyudmila Putin. Bagaimanapun, kemasyhuran yang dikecapi itu langsung tidak mengubah diri mereka.

Bukan bintang

"Kami tidak melihat diri kami sebagai bintang. Kami hanyalah warga emas dari Buranovo. Semua orang cakap kami bintang popular dan kami rasa ia agak lucu," kata Yekaterina Shklyayeva, 74.

Wanita-wanita berkenaan pernah bekerja dalam pelbagai bidang sebelum ini. Ada antaranya bekerja sebagai pemerah susu lembu, guru, penjaga pusat asuhan kanak-kanak, pekerja kedai buku, kontraktor, petani dan pekerja kilang.

Selepas bersara, mereka dilihat lebih selesa bercucuk tanam dan menternak kambing, ayam serta arnab. Mereka juga gemar memelihara kucing serta anjing.

"Mereka tidak melihat perkara lain dalam hidup selain daripada kerja. Oleh itu, adalah sesuatu yang menggembirakan apabila melihat mereka bahagia," kata ketua kumpulan, Olga Tuktareva, 42.

Tinggal bersendirian, Pyatchenko mempunyai seorang anak lelaki yang sering membantunya menjaga ayam. Wanita itu hanya mempunyai sebelah tangan selepas terlibat dalam kemalangan. Biarpun pernah melalui kehidupan yang sukar, Pyatchenko tetap bersemangat menyertai Eurovision.

Curiga dan cemburu

Walau bagaimanapun, seorang penduduk merangkap pemain akordion dan gitar yang sering bersama kumpulan itu, Nikolai Zarbatov, mengakui terdapat tekanan sebaik sahaja mereka mulai popular di Rusia.

"Ada orang yang curiga dan cemburu dengan pencapaian kami. Maklumklah, tidak semua boleh menerimanya. Bagaimanapun majoriti penduduk di sini bangga. Kami menghiburkan mereka dengan persembahan yang bertenaga," katanya.

Kumpulan wanita itu merancang untuk melakukan sesuatu di kampung mereka termasuk membina semula gereja yang musnah semasa era Soviet.

Kata Tuktareva, sehingga kini, mereka berjaya mengumpul dana sebanyak AS$273,000 (RM833,000) untuk memulakan pembinaannya pada Mei nanti.

Daya penggerak kumpulan itu ialah ahli termuda, Tuktareva, 43, yang turut digelar babushka.

Ketua kumpulan,yang berasal dari kampung berhampiran itu menyertai kelab sosial Buranovo kira-kira 12 tahun lalu.

Ketika lagu-lagu dalam pertandingan itu menenggelamkan suara mereka yang menyanyi secara acapella, mereka tetap kelihatan selesa dan terlatih. Suara Tuktareva dikatakan yang paling menonjol.

Wanita-wanita itu pada awalnya merupakan kumpulan koir rakyat yang menyanyi dalam bahasa Rusia dan bahasa tempatan, Udmurt.

Bagaimanapun, di bawah pimpinan Tuktareva, mereka hanya menyanyi dalam bahasa Udmurt, sambil menambah elemen pop seperti lagu Hotel California dan Let it Be.


Pakaian istimewa

Semasa persembahan, kaum wanita memakai beberapa lapisan pakaian iaitu kain tenunan, skaf bersulam, kalung syiling, stokin bercorak serta kasut kulit dikenali sebagai lapti.

Granya Baisarova turut menunjukkan kalungnya yang dibuat daripada syiling-syiling lama termasuk ketika era Tsar.

Dikenali sebagai monisty, kalung itu sering dipakai kaum wanita semasa bercuti atau menghadiri perkahwinan. Ibunya telah memberikan kalung itu kepada ketiga-tiga anak perempuannya. Kalung yang dimiliki Baisarova telah ditambah dengan syiling daripada era Soviet.

FAKTOR usia tidak menghalang anggota kumpulan Buranovskiye Babushki untuk mencipta kemasyhuran.




Penerbit lagu, Ksenia Rubtsova berkata, dia mengesan bakat kumpulan itu semasa mereka mengadakan persembahan di Izhevsk pada tahun 2008.

Dia kemudiannya menjemput kumpulan itu untuk mengadakan konsert sempena majlis hari jadi penyanyi lagu-lagu rakyat popular di Rusia, mendiang Lyudmila Zykina.

Zykina, seorang bintang popular semasa era Soviet, mencadangkan beliau supaya mengikat kontrak bersama Buranovskiye Babushki.

Sejak itu, mereka telah dijemput melakukan beberapa persembahan di Perancis, Finland, Hungary dan Estonia.

Kata Rubtsova, dia merancang agar Buranovskiye Babushki menyertai pertandingan yang lebih berprestij seperti Eurovision.

"Ia merupakan idea saya. Sebaik sahaja berjaya mengumpulkan mereka, saya terus bertanya, 'Apa pendapat kamu?' lalu mereka berkata, 'kami boleh melakukannya!" terangnya.

"Kemungkinan besar kami akan berjaya nanti. Kami berharap mempunyai lebih masa untuk membuat persiapan dengan lebih serius. Kami berharap untuk menang," kata Rubtsova.



Rabu, 11 April 2012

MAJLIS PERASMIAN BERKELOMPOK MESYUARAT UMNO CAWANGAN-CAWANGAN BAHAGIAN WANGSA MAJU




NAJIB PANGKU MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

TEMERLOH, 7 April – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan memangku jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat selepas berakhirnya tempoh perkhidmatan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebagai senator yang menjawat jawatan berkenaan, esok.

Mengumumkan perkara berkenaan pada majlis Pelancaran Program Karisma 1Azam peringkat negeri Pahang anjuran kementerian berkenaan yang turut dihadiri Shahrizat, Perdana Menteri juga memberikan setinggi-tinggi penghargaan kepada sumbangan Shahrizat sepanjang beliau menjawat jawatan berkenaan.

“Program ini merupakan program penutup kepada Shahrizat, bagi pihak kerajaan, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada beliau atas sumbangan yang diberikan,” katanya pada majlis yang dihadiri lebih 20,000 orang di Dataran Tok Gajah, di sini, petang ini.

Turut hadir isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

Shahrizat sebelum ini mengumumkan pengundurannya sebagai menteri apabila tamat tempoh sebagai senator pada 8 April ini berikutan isu National Fidlot Corporation (NFCorp).

Perdana Menteri bagaimanapun tidak menyatakan beliau akan memangku jawatan berkenaan sehingga pada satu tarikh tertentu.

Bagaimanapun, Shahrizat masih kekal sebagai Ketua Wanita Umno.

Najib berkata Shahrizat juga telah berjanji kepadanya untuk terus memberikan khidmat terbaik sebagai Ketua Wanita Umno.

“Shahrizat dah janji pada saya, sebagai Ketua Wanita Umno untuk menjamin kemenangan besar pada pilihan raya umum ke-13 nanti,” katanya.

Ketika berucap pada majlis berkenaan juga, Najib turut meminta semua pimpinan parti dan kerajaan supaya terus menyelami hati dan nurani rakyat.

“Saya berani katakan rakyat semakin memihak pada kita, semakin menaruh rasa sayang, Shahrizat (menerusi program kementerian itu sebelum ini) tekankan perkataan sayang, kalau rakyat sokong, ianya (sokongan itu) adalah dalam minda mereka, tetapi bila rakyat sayang, ianya (sayang itu) letak di hati, bila turun ke hati, pilihannya tentulah hanyalah satu (kepada Barisan Nasional),” katanya.

Najib berkata rakyat akan dapat menilai apa yang dilakukan oleh pihak kerajaan dalam usaha menambahbaik kehidupan mereka menerusi pelbagai bentuk bantuan yang disalurkan.

Katanya, rakyat juga boleh menilai janji-janji yang ditunaikan kerajaan Barisan Nasional berbanding kerajaan pimpinan parti pembangkang yang ternyata gagal melaksanakan sebarang janji yang mereka buat pada pilihan raya sebelum ini.

Khamis, 5 April 2012

ETIKA BERMESYUARAT

Membuat keputusan adalah merupakan lumrah dalam kehidupan kita. Setiap hari kita mungkin berdepan dengan situasi yang memerlukan keputusan. Keputusan yang dibuat kemudiannya akan diterjemahkan dalam bentuk tindakan dan sikap.

Sejauhmana keberkesanan yang terhasil daripada keputasan tersebut bergantung sebahagiannya kepada ketepatan keputusan yang dibuat. Sebahagian lagi bergantung kepada tindakan yang dilakukan selepas itu.

Demikian juga dalam sesebuah organisasi. Keputusan yang perlu dibuat bukan sahaja melibatkan persoalan strategi, bahkan ia juga berkaitan dengan perkara dasar dan melibatkan prinsip organisasi tersebut.

Oleh kerana organisasi melibatkan banyak pihak, maka proses membuat keputusan tidak dapat dielakkan  dengan menggunakan medium mesyuarat.

Mesyuarat ataupun syura adalah elemen penting dalam sesebuah organisasi. Ia bukan sahaja menjadi kaedah untuk membuat keputusan, tetapi ia juga menjadi medium kepada anggota organisasi untuk bertukar pandangan, merapatkan ikatan ukhuwah dan membina rasa kepunyaan (sense of belonging) terhadap organisasi.

Kepentingan mesyuarat ini diakui oleh Islam sehingga Allah SWT mengajurkan hamba-hambaNya yang beriman untuk melakukan syura sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: Maka, berkat rahmat Allah, engkau (Muhammad) bersikap lemah lembut terhadap mereka, sekiranya engkau bersifat keras dan berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu, maka mohonkanlah ampun bagi mereka dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu, kemudian apabila kamu membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepadaNya). (Ali-Imran:159)

Melalui ayat ini, kita dapat memahami betapa pentingnya mesyuarat dalam sesebuah organisasi. Bukanlah sebuah organisasi yang baik sekiranya pemimpin membuat keputusan bersendirian tanpa merujuk kepada mesyuarat, sedangkan  keputusan tersebut melibatkan kepentingan organisasi secara keseluruhannya.

Nabi SAW dalam peperangan Badar, meminta pandangan daripada para sahabat ketika mendapat tahu tentera Quraisy yang dipimpin oleh Abu Jahal sedang mara ke medan peperangan dengan membawa ketumbukan tentera yang jauh lebih ramai.

Adab dan Aturan

Namun, terdapat adab dan aturan yang perlu dilaksanakan untuk memastikan mesyuarat yang dikendalikan lebih efektif.

1. Setiap ahli mesyuarat perlu untuk mengikhlaskan niat. Ini kerana, hati yang ikhlas akan mendorong kelakuan dan tindakan dalam mesyuarat tersebut.

Apabila hati ikhlas, maka setiap pandangan atau soalan yang dikemukakan akan menjurus kepada mencari penyelesaian, bukannya untuk merumitkan lagi masalah sedia ada ataupun untuk menunjukkan kehebatan idea serta pandangan.

Niat yang ikhlas akan mendatangkan keberkatan dan Allah SWT akan membimbing perjalanan mesyuarat berkenaan sehingga mencapai keputusan yang terbaik.

2. Mesyuarat tersebut perlu diadakan di tempat dan masa yang sesuai. Ini adalah kerana, faktor tempat dan masa sangat memainkan peranan yang penting dalam merangsang penglibatan ahli mesyuarat terhadap apa yang diperbincangkan.

Masa mesyuarat yang dibuat pada lewat petang mungkin agak kurang berkesan berbanding dengan yang dibuat pada waktu pagi kerana pada sebelah petang biasanya ahli-ahli mesyuarat sudah kepenatan.

Mereka akan mengambil sikap mendiamkan diri untuk meringkaskan perjalanan mesyuarat. Akhirnya, mesyuarat yang diadakan tidak dapat mencapai objektif yang disasarkan.

3. Pentingnya untuk dipastikan terlebih dahulu siapa perlu untuk hadir ke mesyuarat berkenaan. Kalau boleh, hadkan kehadiran kepada mereka yang perlu sahaja. Ini untuk mengelakkan pembaziran tenaga dan bagi menjamin kerahsiaan perbincangan dalam mesyuarat tersebut.

4. Perlu diingat, dalam mesyuarat terdapat situasi di mana maklumat yang agak sulit terpaksa didedahkan. Justeru, sekiranya terdapat pihak yang tidak berkaitan dalam mesyuarat berkenaan, bimbang akan berlaku ketirisan maklumat. Ini tentulah akan menimbulkan masalah lain pula lepas itu.

5. Tetapkan hala tuju mesyuarat pada permulaan mesyuarat. Objektif mesyuarat diadakan perlu diketahui dan difahami oleh semua ahli mesyuarat agar perbincangan lebih terpimpin.

Dalam hal ini, pengerusi mesyuarat perlu bijak dalam mengawal perbincangan agar ia lebih fokus dan tidak menyelewwng kepada perkara yang tidak berkaitan.

6. Ahli-ahli mesyuarat juga perlu mengawal diri dari mengutarakan permasalah yang tidak berkaitan. Jangan mencetuskan kontroversi dan elakkan untuk membuat serangan kepada peribadi seseorang. Semuanya untuk memelihara keharmonian dan memelihara perjalanan mesyuarat berkenaan.

7.Pengerusi mesyuarat yang terbaik ialah apabila dia dapat menghidupkan suasana perbincangan dan percambahan idea. Dia perlu berusaha merangsang ahli mesyuarat untuk terlibat secara aktif dengan perbincangan tersebut.

8.Ahli mesyuarat perlu mengemukan pandangan serta teguran dengan penuh berakhlak. Elakkan menggunakan bahasa yang kasar dan berfikir terlebih dahulu sebelum mengungkapkan sesuatu perkataan.

9.Gunakan selembut-lembut bahasa bagi menggambarkan maksud hati. Firman Allah SWT:...Nabi Muhammad (SAW) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat Islam)... (Al-Fath: 29)

Semasa mesyuarat berlangsung biasanya akan terdapat lebih dari satu pandangan yang dikemukan. Pengerusi mesyuarat perlu bertindak meraikan semua pandangan.

Pandangan-pandangan tersebut akhirnya perlu dianalisis dan keputusan  yang dibuat biasanya akan berpihak kepada salah satu dari kesemua pandangan tersebut.

Di sinilah kepentingan sifat berlapang dada. Apabila keputusan telah dibuat, maka ahli mesyuarat perlu patuh dan menerima sepenuh hati, walaupun ia mempunyai pandangan yang berlainan.

10. Elakkan sikap bertindak sendirian. Keputusan sendiri mestilah dihindarkan sebaliknya rujuklah kepada keputusan bersama yang diputuskan melalui mesyuarat. Mungkin sesuatu keputusan itu tidak menepati selera dan kemahuan kita.

11. Maka kita mestilah bertanggungjawab dengan keputusan tersebut dan laksanakan amanah tanpa sebarang rasa tersinggung di dalam hati.



Selasa, 3 April 2012

1AZAM MAMPU BASMI KEMISKINAN

WARISAN POLITIK WANITA MALAYSIA

PENGUNDI CINA SUKAR DIRAMAL