Halaman

Selasa, 12 Jun 2012

SEJARAH PERMULAAN HAID

1) Imam Khatib Syarbini rah. Mengatakan di dalam kitabnya, Mughni Muhtaj bahawa Imam Bukhari rah.

Menukilkan di dalam kitab Sahih Bukhari bermaksud :
Sebahagian Fuqaha ‘ (Abdullah Ibnu Mas’ud r.anhu dan Aisyah r.anha) mengatakan : “ Terdapat riwayat yang mengatakan bahawa wanita dikalangan Bani Israil adalah merupakan bangsa manusia pertama yang didatangi haid (kerana mereka bercampur dengan gol9ongan lelaki di dalam sembahyang)” Sehubungan dengan ini, Hafiz Ibnu Hajar rah mengatakan bahawa Imam Bukhari rah. Seolah- olah ingin mengisyaratkan kepada riwayat Abdul Razzaq rah daripada Ibnu Mas’ud. R. anhu daripada sanad yang sahih di mana beliau berkata bermaksud :

“ Dahulunya, golongan lelaki dan wanita di kalangan Bani Israil menunaikan sembahyang bersama- sama (bercampur dan golongan wanita selalu memandang (menjenguk- jenguk) ke arah golongan lelaki lalu Allah S.W.T. menimpakan ke atas wanita- wanita Bani Israil darah haid dan melarang mereka daripada menghampiri masjid”. (Imam Bukhari rah. Juga mengutarakan pandangannya iaitu) Hadis Nabi S.A.W itu banyak (yakni hadis yang menunjukkan kedatangan haid. Bermula daripada asal penciptaan wanita bukan daripada wanita Bani Israil).

2) Telah dinyatakan di dalam kitab Mughni Muhtaj bermaksud :

Ada pendapat yang mengatakan bahawa wanita pertama yang berhaid ialah ibu kita, Hawa a.s. tatkala beliau mematahkan pokok gandum dan mengeluarkan airnya lalu Allah S.W.T. berfirman: “ Demi kemuliaan dan kebesaran- ku, sesungguhnya Aku akan mengalirkan darah kamu sebagaimana kamu mengalirkan air pokok ini”.

Begitu juga, disebutkan daripada riwayat Ibnu Abbas r.anhuma dengan sanad yang sahih bermaksud (di dalam kitab Fathul Bari) bahawa :

” Permulaan haid adalah pada Hawa a.s. sesudah beliau dikeluarkan daripada syurga”.

3) Imam Bukhari rah. Juga memberi pandangan (1*) beliau mengenai permulaan haid di mana beliau berkata bahawa kedatangan haid bermula daripada asal penciptaan wanita itu sendiri iaitu sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :

“ Sesungguhnya ini adalah satu pekara yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T. ke atas perempuan di kalangan anak Adam iaitu darah Haid yakni maksudnya Allah S.W.T. telah mentakdirkan haid ke atas asal kejadian golongan wanita semenjak Allah S.W.T. menciptakannya.”