Halaman

Khamis, 10 Februari 2011

ZURAIDA CUBA PROMOSI DIRI CARA AKAL MURAH

KUALA LUMPUR 9 Feb – Cabaran Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin supaya isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor bertanding pada pilihan raya kecil DUN Merlimau membuktikan bahawa dia sudah kekeringan idea dan cuba mendapat publisti murahan.

Ketua Wanita UMNO Melaka, Datuk Rabiyah Ali menyifatkan cabaran Zuraida itu sebagai tidak masuk akal dan menganggap apa yang dilakukan itu adalah cubaan untuk mempromosikan diri dengan membangkit isu remeh.

“Saya rasa Zuraida ini dah tak ada apa nak buat atau dah lama tak dapat publisti, sebab itu dia cabar Datin Seri Rosmah jadi calon di Merlimau, melalui cara itu bolehlah dia dapat perhatian, dengan cara itu dapatlah orang mengenalinya kalau tidak tidak siapa yang tahu siapa dia.

“Kalau nak buat sesuatu, fikirlah terlebih dahulu, sebenarnya Zuraida itu tidak apa yang nak dikatakan, nak cerita mengenai partinya, takut nanti tak dapat nak jawab kerana PKR sekarang sedang menghadapi pelbagai masalah,” katanya kepada UMNO-online.

Beliau berkata demikian ketika diminta merngulas kenyataan Zuraida yang mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya meletakkan isterinya bertanding pada PRK DUN Merlimau pada 6 Mac ini.

Dalam kenyataan itu, Zuraida melahirkan rasa kesal terhadap Rosmah yang dikatakan cuba mengambil peranan dan tugas menteri kabinet.

Rabiyah menyatakan apa yang disuarakan oleh Zuraida itu membuktikan bahawa beliau sebenarnya tidak tahu tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri Perdana Menteri yang perlu turut bersama membantu suaminya sebagai pemimpin Negara.

“Barisan Nasional (BN) dan UMNO bukanlah seperti pembangkang menjadi parti milik keluarga seperti yang berlaku kepada PKR dan Dap meletakkan anak beranak menjadi wakil rakyat, PKR lagi teruk bukan setakat anak beranak, malah suami isteri pun pegang jawatan tertinggi parti.

“Saya menasihatkan Zuraida supaya tidak perlu membuat isu yang remeh temeh, seharusnya dia perlu menumpu kepada parti dan jawatan yang disandang menyelesaikan masalah yang tak pernah selesai dalam partinya,” katanya.

Menurutnya, apa yang dilakukan oleh Zuraida itu sebagai seorang tidak pandai berpolitik dan cuba menggunakan isu remeh temeh hanya untuk mendapatkan perhatian atau mengalih perhatian berikutan pelbagai masalah yang dihadapi oleh PKR sejak mula ditubuhkan sehingga sekarang. -Media UMNO.