Halaman

Khamis, 27 Ogos 2009



"SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA YANG KE~52 TAHUN"

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Selasa, 25 Ogos 2009

KETUA-KETUA PERGERAKAN WANITA UMNO (1946~2008)


SELAMAT HARI WANITA

SELAMAT HARI WANITA ~ 25 AUGUST 2009

WANITA

Penglibatan wanita dalam politik bermula bersama gerakan semangat kebangsaan untuk memerdekakan tanah air. Cadangan penubuhan Malayan Union pada 1945 bagi menamatkan hak orang-orang Melayu telah membangkitkan penentangan secara besar-besaran. Wanita yang sebelum ini lebih tertumpu pada pertubuhan berunsurkan kebajikan telah turut terlibat buat pertama kalinya secara terbuka dalam gerakan politik tanah air. Dalam Mesyuarat Agung UMNO pada tahun itu, tiga tokoh wanita UMNO iaitu Putih Mariah Ibrahim Rashid dari Persatuan Melayu Perak, Zainab Abdul Rahman dari Persatuan Melayu Seberang Perai dan Salena Ali dari Persatuan Melayu Selangor telah bertemu bagi membincangkan mengenai penubuhan sebuah pergerakan wanita Melayu.
Ekoran pertemuan itu Jabatan Kaum Ibu telah ditubuhkan pada 1947 dengan Putih Mariah dilantik sebagai ketuanya yang pertama. Setahun kemudian Jabatan Kaum Ibu diperbesarkan menjadi Pejabat Setiausaha. Pada 25 Ogos 1949, bertempat di Butterworth, UMNO telah mengadakan Perhimpunan Agung Wakil Wanita dari bahagian-bahagian UMNO bagi menubuhkan satu badan yang dinamakan Ahli-ahli Perempuan UMNO (APU) dengan Putih Mariah sebagai ketuanya. Inilah pertubuhan politik wanita pertama wujud di Tanah Melayu. Setahun kemudian kepimpinan APU diterajui oleh Tan Sri Zainun Sulaiman atau lebih dikenali sebagai Ibu Zain. Di bawah kepimpinannya, APU telah menambah ahli dan jumlah cawangannya.Beliau telah menjelajah ke seluruh pelusuk tanah air bersama sekeping peta Tanah Melayu dan sehelai bendera UMNO di tangan, untuk memberi penerangan mengenai politik dan kemerdekaan.

Tetapi antara September 1953 hingga Oktober 1954, kepimpinan APU menghadapi masalah apabila Ibu Zain terpaksa mengundurkan diri atas sebab-sebab kesihatan.Masalah timbul apabila Ibu Zain mencadangkan supaya Raja Perempuan Perlis Tengku Budriah mengambil alih sebagai ketua, tetapi beliau hanya bersetuju mengambil alih selama tiga bulan sahaja. Oleh sebab itu, Jawatankuasa Kerja Agung UMNO telah mengambil keputusan melantik Khadijah Sidek menjadi Setiausaha Hal-Ehwal Kaum Ibu UMNO dan Oegawai Penerangan Perempuan.Kemudiannya, Khadijah dilantik mengetuai Pergerakan itu sehingga 1956 apabila beliau diberhentikan dan diganti oleh Fatimah Hashim sebagai pemangku jawatan itu atas persetujuan Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

Pada 1956 nama APU ditukar kepada Pergerakan Kaum Ibu UMNO. Fatimah telah dipilih menjadi ketua dalam Perhimpunan Ahung UMNO pada 1957 dan beliau menerajui Pergerakan itu hingga 1972.Bagi menguji sokongan rakyat pada UMNO, Kerajaan Brtish mencadangkan pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan Pertama diadakan pada 1955. Dalam pilihan raya itu Perikatan telah memenangi 51 daripada 52 kerusi.Dalam pilihan raya tersebut juga calon wanita tunggal, Halimahton Abdul Majid telah bertanding dan menang. Beliau merupakan Wakil Rakyat wanita pertama.Kemerdekaan Tanah Melayu membuka lebih banyak peluang kepada wanita. Dari pilihan raya 1959 di mana Ibu Zain dan Fatimah Hashim bertanding kerusi Parlimen dan menang, hinggalah sekarang, bilangan tokoh wanita bertanding dalam pilihan raya bertambah.

Peristiwa 12 Mei 1969 telah turut mempengaruhi corak politik tanah air. Pada Ogos 1971, UMNO mengadakan Persidangan Agung Khas bagi mengatur corak perjuangan UMNO.Perlembagaan UMNO telah dipinda dan Pergerakan Kaum Ibu telah ditukar namanya kepada Pergerakan Wanita UMNO bagi melambangkan imej dinamik.Selepas Fatimah mengundurkan diri pada 1972, kepimpinan Pergerakan Wanita UMNO diterajui oleh Aishah Ghani sehingga 1984, apabila dipimpin pula oleh Datuk Seri Rafidah Aziz sehingga sekarang.
Pergerakan Wanita UMNO bertindak sebagai penyokong kuat kepada UMNO dalam sebarang perjuangan bagi mendaulatkan bangsa dan memajukan Negara. Dalam setiap kali pilihan raya peranan ahli Pergerakan Wanita UMNO sangat besar dalam memenangkan calon-calon Barisan Nasional. Selain itu, ia juga terus mendapat tempat yang sewajarnya di Negara merdeka.Kemajuan yang dicapai oleh wanita Malaysia sehingga hari ini adalah atas perjuangan Pergerakan Wanita UMNO yang sentiasa bersama arus pembangunan Negara.

Isnin, 24 Ogos 2009

PENGGUNAAN PENUTUP MULUT DAN HIDUNG (MASK) DIKALANGAN MASYARAKAT

1. Bagaimanakah Influenza A (H1N1) merebak?



* Virus influenza A (H1N1) berjangkit daripada manusia ke manusia yang lain melalui titisan

cecair pernafasan (iaitu ketika bercakap, bersin atau batuk)

* Sesiapa sahaja yang berhubung rapat (kira-kira 1 meter) dengan mereka yang mempunyai

gejala selesema seperti demam, bersin, batuk, selesema, menggigil, sakit sendi dan lain-lain

adalah berisiko untuk terdedah kepada titisan cecair pernafasan yang berjangkit.



2. Siapakah yang berisiko tinggi akibat jangkitan Influenza A (H1N1)?



* Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun

* Individu berusia 65 tahun dan ke atas

* Kanak-kanak dan remaja (<18>

panjang

* Wanita mengandung

* Dewasa dan kanak-kanak yang mempunyai asma, pulmonari kronik, kardiovaskular,

hepatik, hematologikal, neurologik, neuromaskular atau penyakit metabolik seperti Diabetes

* Dewasa dan kanak-kanak yang mempunyai sistem imuniti yang rendah (immunosuppression)

* Individu yang menginap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain



3. Apakah peranan mask di dalam suasana penjagaan kesihatan?



* Penggunaan mask boleh mengurangkan jangkitan influenza.

* Nasihat penggunaan pelindung muka haruslah disertakan dengan latihan cara penggunaan

yang betul, saiz yang tepat (contoh: mask N95), bekalan yang tetap dan kemudahan

pelupusan mask yang betul.

* Surgical mask boleh digunakan jika tiada hubungan secara langsung dengan pesakit H1N1.

Ia juga boleh dijadikan sebagai alternatif jika bekalan mask N95 tidak mencukupi (bagi

situasi ini, mask N95 hanya perlu digunakan untuk prosedur percikan/semburan).



4. Apakah peranan mask di dalam masyarakat?



* Tiada bukti yang kukuh mengenai pemakaian mask terutamanya di tempat terbuka. Tetapi,

ia boleh digunakan di tempat tertutup dan mempunyai hubungan secara langsung dengan

mereka yang disyaki menghidap influenza.

* Orang awam boleh memakai surgical mask di rumah atau di dalam kawasan kejiranan,

terutamanya jika mereka berhubung secara langsung dengan individu yang disyaki

menghidap influenza. Contohnya semasa memberi rawatan dan penjagaan kepada ahli

keluarga.

* Memakai mask membolehkan mereka yang disyaki menghidap influenza melindungi mulut

dan hidung mereka dan juga membantu mengawal sebaran titisan cecair, juga sebagai

sebahagian adab batuk.

* Mask juga boleh disarankan kepada mereka yang berisiko tinggi semasa mereka berada di

kawasan yang sesak.



5. Apakah kegunaan surgical mask?



* Mask membantu menghentikan penyebaran titisan cecair daripada tersebar.

* Juga membantu percikan cecair daripada memasuki mulut atau hidung mereka yang

memakai mask tersebut.

* Mask haruslah dipakai sekali sahaja dan dibuang dengan cara yang betul selepas digunakan.



6. Bagaimanakah cara menggunakan mask dengan betul?



* Letakkan mask untuk menutup mulut dan hidung dan ikat dengan cermat bagi

mengurangkan ruang di antara muka dan mask.

* Semasa digunakan, elakkan daripada menyentuh permukaan di bahagian dalam mask

tersebut-setelah anda menyentuh mask, contohnya semasa menanggalkannya, bersihkan

tangan dengan sabun dan air atau menggunakan pencuci tangan berasaskan alkohol.

* Tukarkan kepada mask yang baru jika mask yang digunakan telah

lembap/berlengas/rosak.

* Jangan menggunakan kembali mask, ia adalah khas untuk sekali penggunaan sahaja.

* Adalah perlu diingatkan bahawa disamping penggunaan mask, langkah pencegahan umum

yang lain seperti membasuh tangan dengan betul dan adab batuk adalah amat penting bagi

mencegah jangkitan influenza.



7. Saranan WHO berkaitan dengan Kebersihan Tangan

a. Bagi individu yang sihat:

* Kekalkan jarak sekurang-kurangnya 1 meter daripada individu yang disyaki menghidap influenza.

* Jangan menyentuh mulut dan hidung.

* Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun dan gunakan bahan pembersih tangan

berasaskan alkohol, terutamanya jika menyentuh mulut dan hidung dan permukaan yang

mungkin boleh tercemar.

* Seboleh-bolehnya, elakkan kontak rapat dengan mereka yang sakit.

* Seboleh-bolehnya juga, elakkan berada di tempat sesak

* Dapatkan pengudaraan yang baik di kediaman anda

* Dengan sentiasa membuka tingkap



b. Bagi individu yang disyaki mengalami influenza:

* Tinggal di rumah jika anda berasa tidak sihat dan patuhi arahan doktor

* Kekalkan jarak sekurang-kurangnya 1 meter dari mereka yang sihat dan pakailah mask bila

mempunyai kontak dengan ahli keluarga.

* Tutup mulut dan hidung semasa batuk atau bersin dengan tisu atau sapu tangan bagi

menghalang penyebaran titisan respiratori.

Segera buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah dan cuci tangan dengan

sabun dan air.

* Pastikan pengudaraan di rumah adalah baik



~Berita Harian 20 Ogos 2009~





A GOOD LEADER

"A Good Leader in democracy is one who is able to lead as well as be led" ~ Tun Mahatdir Mohamad.

Khamis, 20 Ogos 2009

SALAM RAMADHAN


"Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat.Allah telah fardhukan keatas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelengu segala syaitan." ( Sabda Rasulullah S.A.W).

PENGKHIANAT MELAYU PERLU DITENTANG

Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak gentar walaupun menghadapi saman beratus juta ringgit malah akan menentang habis-habisan puak penderhaka bangsa Melayu. Timbalan Perdana Menteri berkata, urusan masa depan orang Melayu belum lagi selesai dan beliau tidak boleh menerima masa depan bangsanya dipertaruhkan semata-mata kerana nafsu serakah politik pihak tertentu.Beliau menyifatkan bahaya kini berlegar-legar sebelum menimpa bangsa Melayu.Sehubungan itu, beliau menyanggah keras sikap pihak berkenaan yang menjaja cerita di seluruh negara kononnya UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak lagi berminat membantu orang Melayu sebaliknya hanya mementingkan keperluan kaum lain.“Seolah-olah kita berkompromi terlalu banyak (untuk kaum lain), ingatan tegas daripada saya bahawa, itu adalah tidak betul dan selagi UMNO dan BN mentadbir negara, ia tidak akan berlaku.“Sekarang ini ada Melayu tidak mahu menolong Melayu tetapi mengkhianati Melayu,” katanya semasa berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) di sini hari ini.Beliau menegaskan, kenyataannya mengenai kedudukan orang Melayu terbit daripada keikhlasan dalam dirinya dan bukan kenyataan bagi meraih simpati politik.“Saya sudah menjadi Timbalan Perdana Menteri, saya sudah tidak ada apa lagi, tetapi saudara-saudara semua ini yang saya risau,” katanya. Muhyiddin bakal berhadapan dengan tindakan saman berjumlah RM100 juta daripada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilabelnya sebagai pengkhianat Melayu.Kenyataan Muhyiddin itu disokong beberapa individu termasuk bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat, Ezam Mohd. Nor yang menyatakan kesediaannya menjadi saksi utama dalam kes tersebut.Sokongan terhadap kenyataan Muhyiddin itu juga kini bergema di seluruh negara.Timbalan Perdana Menteri menambah, selepas pilihan raya umum tahun lalu, muncul juga orang Melayu yang sudah berjaya tetapi bersungguh-sungguh menuduh kerajaan yang ada kini sudah lupa tujuan kewujudannya.Dalam konteks itu, beliau mempersoalkan apakah dalam tempoh 52 tahun kemerdekaan negara, UMNO tidak pernah menjaga kepentingan orang Melayu di negara ini.Jika UMNO tidak berjasa kata beliau, bagaimana boleh wujud masyarakat Melayu yang berjaya dan hidup senang pada hari ini.Beliau berkata, UMNO memberikan perhatian kepada orang Melayu di semua peringkat termasuk golongan usahawan dan sentiasa berusaha memastikan kelompok itu terselamat apabila ekonomi mula merudum.Muhyiddin juga mahu rakyat berfikir apakah UMNO dan BN akan mencabuli Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang asalnya diwujudkan atas dasar persefahaman dan muafakat bersama.“Takkan kita hendak mencabuli DEB, mencabuli kontrak sosial kita selama ini,” katanya.Beliau berkata, pemikiran memburukkan kerajaan wujud daripada benih-benih kebencian yang ditanamkan pembangkang.“Kalau ada pihak-pihak seperti ini, yang hendak meraih peluang menjadi Perdana Menteri selepas pilihan raya umum akan datang, dia hanya mahu memenuhi nafsu politik sendiri yang rakus,” katanya.

Selasa, 18 Ogos 2009

TIP MENGHANGATKAN KASIH SAYANG DENGAN SUAMI

Dalam perkahwinan, keintiman antara pasangan adalah perkara asas dalam membentuk keharmonian rumah tangga. Keintiman akan hadir jika kita sama-sama ansur antara satu sam lain.Lantas, ia membina kekuatan dan keteguhan dalam sesebuah ikatan perkahwinan.
Selain itu, kepercayaan memainkan peranan penting dalam sesebuah ikatan perkahwinan. Isteri haruslah mempercayai tentang kebolehan dan usaha pasangan dalam melakukan sesuatu perkara serta jangan menolak pandangan pasangan jika ada rasionalnya.
Biarpun anda dan pasangan masing-masing sibuk dengan tugasan, namun cubalah mencuri masa untuk bersemuka. Setidak-tidaknya berilah masa selama 20 minit untuk bersembang dengannya. Cara ini membolehkan anda memahami perasaan dan hati budi masing-masing.
Di sini terdapat 15 tips mudah untuk menyatakan "Aku Cinta Padamu" untuk tujuan mengeratkan lagi hubungan suami isteri walaupun dalam keadaan yang sibuk.
1. Belai pasangan anda dengan ciuman manja sebagai tanda penghargaan diri anda kepada dirinya, malah senyuman juga memain peranan penting dalam meneruskan perjalanan awal untuk mencipta hubungan antara pasangan. Biarkan mata anda berkelip-kelip manja sebagai tanda anda terlalu merindui dirinya.
2. Hangatkan hubungan cinta anda dengan si dia dengan memberi kejutan ciuman di lehernya semasa si dia membuat kerja-kerja di meja komputer ketika sedang berehat di rumah.
3. Sesekali ketika bersantai di rumah bersama si dia, apa salahnya, berikan urutan kepadanya, lagipun bukan untuk orang lain tetapi kepada insan yang kita disayangi. Berikan ciuman romantik atau tunjukkan mesej melalui isyarat badan terhadap si dia.
Pada ketika itu berbual bersama-sama. Biarpun masing-masing sibuk dengan tugasan, cubalah mencuri masa untuk bersemuka dengan berkongsi cerita bersama. Cara ini membolehkan anda memahami perasaan dan hati budi si dia.
4. Walaupun telah berkahwin dan memiliki anak, tidak salah untuk menyatakan ucapan cinta dan sesekali apa salahnya tinggalkan pesanan ringkas pada sidia, mungkin ia boleh mengimbau kembali zaman percintaan anda suatu ketika dulu.
5. Luahkan kata-kata cinta anda kepada si dia untuk menghangat keintiman hubungan anda.
6. Buktikan kasih sayang anda kepada si dia, tulislah surat dengan menyatakan anda berbangga dengan pencapaian dirinya. Ini kerana kebanyakan lelaki gemarkan pujian daripada seseorang lebih-lebih lagi daripada isterinya.
Atau anda boleh menulis kepadanya menyatakan sesuatu tentang kelebihan dirinya. Letakkan ayat-ayat 'cinta' itu di dalam dompet tangan atau beg kerja untuk memberi kejutan pada dirinya.
7. Buktikan perasaan cinta anda pada si dia, berikan dia satu ciuman romantik diikuti dengan pelukan sebagai tanda penghargaan diri. Setiap pasangan sentiasa inginkan dirinya dibelai dan disayangi.
8. Usah malu dengan si dia, peluklah si dia dengan pelukan erat, luahkan kata-kata cinta kepadanya dan berikan ciuman romantik untuknya.
9. Kebanyakan lelaki gemarkan pujian daripada seseorang, lebih-lebih lagi daripada isterinya. Sambil itu si isteri bolehlah menepuk bahu si suami sebagai tanda memuji kehebatan dirinya.
10. Luahkan pada pasangan anda, bahawa anda bangga dengan kehebatan si dia, tunjukkan rasa hormat anda terhadap si dia agar ikatan percintaan menjadi lebih intim.
11. Apabila membeli barang, belikan sesuatu kepada si dia sebagai tanda anda mencintai dirinya.
12. Dapatkan persetujuan bersama ketika membuat keputusan bersama si dia. Kadang-kadang si dia akan berasa marah dan tidak suka sikap si isteri cuba menukar sesuatu jadual mahupun kehendaknya.
Ini boleh membangkitkan kemarahan si dia, dalam hal ini si isteri perlu bersabar dengan kemahuan si dia.
13. Isteri haruslah menunjukkan rasa hormat terhadap suami, jangan sesekali melakukan perkara-perkara negatif, ketika membeli-belah contohnya, cuba dapatkan p0andangannya.
14. Ketika masa lapang, gunakan bahan-bahan terbuang untuk melukis bentuk dua keping hati disambungkan bersama dengan nama-nama anda pada hati itu dan menulis "aku cinta padamu" terhadap sidia.
15. Cuba hasilkan sajak-sajak cinta kepada sidia untuk menyatakan isi hati anda.