Sabtu, 27 Ogos 2011
Rabu, 10 Ogos 2011
UMNO BAHAGIAN PERLU PERKUKUH PERPADUAN
Perdana Menteri berkata, bahagian adalah rumah tangga induk dalam pertubuhan dan kekuatan parti bersandarkan kekuatan itu.
Najib berkata, satu lagi faktor penting ialah mendekatkan diri dengan rakyat dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) mesti dilihat dan diterima sebagai parti yang memperjuangkan kepentingan dan kesejahteraan rakyat.
Katanya, faktor ketiga, ahli parti perlu mengutamakan kepentingan parti dalam proses pembaharuan dan transformasi politik yang sedang diperjuangkan, dan salah satu tonggak transformasi itu ialah mengetengahkan calon yang boleh menang.
Ahad, 7 Ogos 2011
Khamis, 4 Ogos 2011
DENDA RM5,000 DAN PENJARA JIKA EKSPLOITASI KANAK-KANAK KUTIP DANA
KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan bekerjasama dengan polis bagi menangani isu kanak-kanak yang dieksploitasi untuk mengutip dana di tempat awam menerusi Akta Kanak-Kanak 2001, kata Menteri berkenaan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Beliau berkata Seksyen 32 akta tersebut memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali kepada mereka yang mengeksploitasi kanak-kanak untuk mendapatkan dana.
Katanya ibu bapa atau penjaga kanak-kanak yang diselamatkan itu pula boleh dikenakan bon oleh mahkamah menurut Seksyen 30 akta yang sama bagi memastikan mereka tidak mengabaikan kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak terbabit.
“Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan memaklumkan kepada polis jika terdapat kes sedemikian dan tindakan akan diambil ke atas pihak yang mengeksploitasi kanak-kanak,” katanya selepas menerima kunjungan hormat Wakil Khas Amerika Syarikat untuk Masyarakat Islam Farah Anwar Pandith di kementeriannya di sini, hari ini.
Shahrizat berkata satu perbincangan antara agensi telah diadakan pada Selasa lepas yang bersetuju mengadakan operasi bersepadu untuk pihak JKM menyelamatkan kanak-kanak terbabit manakala polis pula menahan, menyiasat dan mendakwa pihak yang mengeksplotasi kanak-kanak.
Isnin, 1 Ogos 2011
TIPS MENYAMBUT RAMADHAN
Ramadhan yang penuh kelimpahan kebaikan dan keutamaan, akan dapat dirasakan dan diraih bilamana ilmu tentang Ramadhan difahami dengan baik.
Bayangkan, para generasi awal Islam sangat merindukan bertemu dengan bulan suci ini. Mereka berdo’a selama enam bulan sebelum kedatangannya agar mereka dipanjangkan umurnya sehingga bertemu dengan Ramadhan. Bila Ramadhan tiba, mereka sungguh-sungguh meraih kebaikan dan keutamaan Ramadhan. Dan ketika mereka berpisah dengan Ramadhan, mereka berdo’a selama enam bulan seterusnya, agar kesungguhannya diterima Allah swt. Kerinduan itu ada pada diri mereka, karena mereka sedar dan faham betul keutamaan dan keistimewaan Ramadhan.Bagaimana menyambut bulan Ramadhan? Berikut kami kemukakan “8 Tips Menyambut Ramadhan”:
1
Berdoa agar Allah swt. memberikan umur panjang kepada kita sehingga kita berjumpa dengan bulan Ramadhan dalam keadaan sihat. Dengan keadaan sihat, kita boleh melaksanakan ibadah secara maksimal: puasa, shalat, tilawah, dan dzikir. Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahawa Rasulullah saw. apabila masuk bulan Rajab selalu berdoa, ”Allahuma bariklana fii rajab wa sya’ban, wa balighna ramadan. Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rajab dan Sya’ban, dan sampaikan kami ke bulan Ramadan.” (HR. Ahmad dan Tabrani)2
Pujilah Allah swt. karena Ramadhan telah diberikan kembali kepada kita. Imam An Nawawi dalam kitab Adzkar-nya berkata: ”Dianjurkan bagi setiap orang yang mendapatkan kebaikan dan diangkat dari dirinya keburukan untuk bersujud kepada Allah sebagai tanda syukur; dan memuji Allah dengan pujian yang sesuai dengan keagungannya.” Dan di antara nikmat terbesar yang diberikan Allah swt. kepada seorang hamba adalah ketika dia diberikan kemampuan untuk melakukan ibadah dan ketaatan.3
Bergembira dengan datangannya bulan Ramadhan. Rasulullah saw. selalu memberikan khabar gembira kepada para sahabatnya setiap kali datang bulan Ramadhan: “Telah datang kepada kalian bulan Ramadhan, bulan yang penuh berkah. Allah telah mewajibkan kepada kalian untuk berpuasa. Pada bulan itu Allah membuka pintu-pintu surga dan menutup pintu-pintu neraka.” (HR. Ahmad).4
Rancangkan agenda kegiatan harian untuk mendapatkan manfaat sebesar mungkin dari bulan Ramadhan. Ramadhan sangat singkat, oleh itu, isi setiap detiknya dengan amalan yang berharga, yang akan membersihkan diri, dan mendekatkan diri kepada Allah swt.5
Kuatkan azam, bulatkan tekad untuk mengisi waktu-waktu Ramadhan dengan ketaatan. Barangsiapa jujur kepada Allah swt., maka Allah swt. akan membantunya dalam melaksanakan agenda-agendanya dan memudahnya melaksanakan aktiviti-aktiviti kebaikan. “Tetapi jikalau mereka benar terhadap Allah, niscaya yang demikian itu lebih baik bagi mereka.” Muhamad:21.6
Fahami fiqh Ramadhan. Setiap mukmin wajib hukumnya beribadah dengan dilandasi ilmu. Kita wajib mengetahui ilmu dan hukum berpuasa sebelum Ramadhan datang agar amaliyah Ramadhan kita benar dan diterima oleh Allah swt. “Tanyakanlah kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahu.” Al-Anbiyaa’ ayat 7.7
Buatlah persediaan untuk qalbu dan ruhiyah kita dengan bacaan yang mendukung proses tadzkiyatun-nafs – pembersihan jiwa. Hadiri majlis ilmu yang membahas tentang keutamaan, hukum, dan hikmah puasa. Sehingga secara mental, dan jiwa kita bersedia untuk melaksanakan ketaatan kepada Allah swt. di bulan Ramadhan.8
Tinggalkan dosa dan maksiat. Isi Ramadhan dengan membuka lembaran baru yang bersih. Lembaran baru kepada Allah, dengan taubat yang sebenarnya taubatan nashuha. “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.” An-Nur:31. Lembaran baru kepada Muhammad saw., dengan menjalankan sunnah-sunnahnya dan melanjutkan risalah dakwahnya. Kepada orang tua, isteri dan anak, dan karib kerabat, dengan mempererat hubungan silaturrahim. Kepada masyarakat, dengan menjadi orang yang paling bermanfaat bagi mereka. Sebab, “Manusia yang paling baik adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain.”Semoga Allah swt. memanjangkan umur kita sehingga berjumpa dengan Ramadhan. Dan selamat meraih kebaikan-kebaikannya. Amin ya Rabbana. Allahu a’lam.