Halaman

Khamis, 24 September 2009

BERBAIK SANGKA

Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik......
Ada sangkaan buruk...
Orang beribadah di sangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang yang makan banyak disangka pelahap
Orang yang makan sikit disangka kedekut
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka sombong
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela

Mana tahu diam itu kerana berzikir kepada Allah
Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah
Mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan
Mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
Mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya
Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhmah seperti musnahnya kayu dimakan api....

Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat. Semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.

"Tegakkan Islam dalam diri kamu, nescaya Islam akan tertegak diatas bumi kamu"-Imam Al Syahid Hassan Al-Banna"

RAMA-RAMA DAN BUNGA

Seorang lelaki berdoa kepada Allah agar diberikan Bunga dan Rama-Rama. Namun Allah memberikannya kaktus dan ulat. Lelaki ini sedih, tidah faham mengapa pemberianNYA berbeza daripada permintaannya.
Kemudian dia berfikir "Allah mempunyai terlalu ramai umat untuk diuruskan." Dan dia memutuskan untuk tidak mempersoalkannya.
Selepas satu tempuh, lelaki ini memikirkan semula permohonan doanya yang telah lama dilupakannya. Lelaki ini amat terperanjat apabila melihat dari pokok kaktus yang hodoh dan berduri itu tumbuh pula bunga yang cantik.
Dan daripada ulat yang terselindung, telah bertukar menjadi rama-rama yang cantik. Allah sentiasa melakukan semua perkara dengan betul. Cara Allah sentiasanya cara terbaik walaupun kelihatan semuanya salah.
Jika anda memohon sesuatu dan menerima yang lain dari Allah, Percayalah pastinya Allah, percayalah. Pastinya Allah sentiasa mengurniakan apa yang dipinta pada masa yang sesuai.
Apa yang anda pinta.....tidak semestinya apa yang diperlukan!. Allah tidak akan gagal memenuhi permintaan teruskan berdoa tanpa ragu dan mengeluh.
Duri hari ini.....adalah BUNGA hari esok! Allah mengurniakan pilihan terbaik kepada mereka yang menyerahkan ketentuan kepadaNYA.

TUJUH KAEDAH MENDIDIK ANAK-ANAK

1. Pendidikan Iman


Iaitu kelahiran anak hendaklah dimulai dengan sebutan nama-nama Allah dan kemudian disusuli dengan mendengarkan kepada anak-anak suatu yang boleh menumbuhkan bibit-bibit iman di dadanya. Ibu bapa tidak seharusnya mencemari sebutan nama Allah melalui azan selepas lahir denganbunyian lagha dalam proses tumbesarannya.

2. Pendidikan Akhlak


Anak-anak seharusnya didedahkan dengan amalan-amalan dan nilai-nilai mulia seperti tutur kata sopan, menghormati orang tua, belas kasihan kepada orang susah dan sebagainya. Ini semua boleh diterapkan dengan berkesan melalui contoh tauladan yang dipertontonkan oleh ibu bapa dan ia bermula dari dalam kandungan lagi sehinggalah dilahirkan.

3. Pendidikan Intelektual


Ibu bapa hendaklah menghidupkan budaya ilmu di rumah agar anak-anak terbiasa dengannya dan lahirnya rasa cintakan ilmu. Ia boleh dipupuk melalui tauladan membaca, berdiskusi dan sebagainya. Di rumah sebaiknya diwujudkan perpustakaan mini atau rak-rak buku yang boleh mencetuskan naluri ingin membaca. Minat membaca harus dipupuk dari kecil kerana membaca adalah jambatan ilmu.

4. Pendidikan Fizikal
Anak-anak juga perlu didedahkan dengan aktiviti fizikal iaitu melalui riadah dan bersukan. Kerana seperti kata pepatah 'akal yang cerdas dari tubuh badan yang sihat'. Oleh itu ibu bapa wajar membiasakan anak-anak dengan aktiviti-aktiviti lasak rumah agar mereka menjadi cergas dan mampu melakukan kerja-kerja berat.


5. Pendidikan Psikologi
Ibu bapa hendaklah memastikan agar anak-anak sentiasa terdidik dengan naluri dan perasaan yang positif kerana ia dapat membantu kematangan mereka. Anak-anak perlu diterapkan dengan sifat berani, kuat semangat, tabah, sabar, benar dan sebagainya. Mereka hendaklah dihindari dari sifat-sifat negatif seperti panakut, panas baran dan sebagainya. Ini boleh diterapkan melalui teguran dan contoh dari ibu bapa.

6. Pendidikan Sosial
Apa yang dimaksudkan di sini ialah kemahiran berkomunikasi dengan masyarakat sekeliling dan pandai menyesuaikan diri. Sikap ini boleh dipupuk melalui pendedahan pergaulan dengan pelbagai lapisan masyarakat. Ibu bapa boleh menerapkan dengan membawa anak-anak ke tempat perhimpunan orang ramai seperti di masjlis-majlis kenduri, gotong royong ataupun solat berjemaah di masjid.
7. Pendidikan Seksual
Anak-anak juga perlu didedahkan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan hukum hubungan lelaki dan perempuan, batasan aurat, adab pergaulan dengan bukan mahram dan nilai-nilai mulia seperti sifat malu dan sopan dalam membicarakan soal berkaitan dengan seks. Mereka juga hendaklah didedahkn tentang hukum haram berkhalwat dan berzina. Ini dapat memelihara maruah dan nama baik keluarga dan ibu bapa.

Jumaat, 18 September 2009

SELIPAR: MAHATHIR SEDIH DIKECAM UMNO

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak sedih atau marah dengan cadangan seorang anggota MIC agar gambar beliau dikalung selipar.Bekas perdana menteri itu berkata beliau tidak merasakan apa-apa dengan kecaman tersebut kerana "bukan saya jadi apa-apa".Ini kerana kecaman itu datang daripada anggota parti lain dan iannya tidak merugikannya, katanya kepada Bernama di sini.Sebaliknya, Dr Mahathir berkata, beliau amat sedih dan marah sekiranya kecaman datang daripada anggota Umno sendiri seperti yang pernah berlaku."Ini bukan kali pertama saya dikecam. Dulu orang dah lupa macam mana pemimpin Umno kecam saya. "Nazri (menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz) dan menteri besar Kedah dahulu nak buang saya daripada Umno."Tapi masa itu tak ada siapa bagi reaksi apa pun. Tak ada orang berani cakap apa," katanya.Cadangan kalungan selipar itu dibuat oleh Timbalan Ketua MIC bahagian Paya Besar, Pahang, M Sukumaran pada perhimpunan agung MIC Ahad lepas di ibu negara kerana mendakwa Dr Mahathir mencampuri urusan parti itu melalui kenyataan-kenyataan yang dibuatnya.Ekoran itu, Sukumaran dikecam hebat dan dianggap sebagai biadab. Beliau kemudian memohon maaf dengan memberi alasan beliau telah terlepas cakap.Malah, anggota MIC itu ingin menemui Dr Mahathir untuk meminta maaf secara peribadi.Mengulas lanjut isu itu, Dr Mahathir berkata: "Tiba-tiba saya jadi popular. Orang semua pertahankan saya. "Seperti yang saya katakan, dulu saya kena kecam, kena kata... suruh buang daripada Umno. Tapi orang tak react (beri reaksi).""Pasal apa dulu tak react, kali ini react."Dulu bila saya kena kecam, tak ada sesiapa pertahankan saya. Taklah secara terbuka. Orang senyap-senyap beranilah tapi orang kenamaan dan orang terkenal tak beranilah pertahan saya," katanya.Dr Mahathir berkata beliau sedih apabila orang partinya sendiri dan orang yang duduk dalam kabinetnya sendiri mengecamnya.Katanya beliau lebih marah terhadap kecaman yang dilontarkan oleh anggota Umno dan bekas anggota kabinetnya daripada kecaman yang dibuat oleh anggota MIC."Saya duduk dalam Umno dari mula parti itu ditubuhkan. Yang tegur saya ini belum beranak pun lagi," katanya.Mengenai hasrat Sukumaran ingin menemuinya untuk memohon maaf, Dr Mahathir berkata: "Minta maaf tak apa, tak minta maaf pun tak apa. Bagi saya tak ada apa-apa. Saya yang sedih bila orang parti saya sendiri, orang yang duduk dalam kabinet saya sendiri kecam saya."Dr Mahathir berkata Sukumaran kini menjadi mangsa percakapannya sendiri.Selasa lepas, Presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu mengumumkan penggantungan serta-merta keanggotaan Sukumaran ekoran kecamannya itu. BERNAMA

Rabu, 16 September 2009

MIC TAHU POLITIK MELAYU LEMAH!

Kalau sudah sampai tahap hanya taraf seorang perwakilan sahaja boleh menghina seorang bekas Perdana Menteri, bekas Presiden UMNO dan seorang negarawan yang banyak berjasa ianya boleh disimpulkan bahawa sesiapa sahaja sekarang ini boleh menghina orang Melayu. Hari ini hanya seorang macha perwakilan MIC, hari esok siapa tahu seorang pengangkat najis pula sudah berani menghina sultan-sultan Melayu.

Kalau Ahmad Ismail boleh dikenakan hukuman gantung keahlian UMNO hanya berkata bahawa orang Cina sebagai pendatang, maka apakah hukuman setimpal untuk ahli MIC itu?. Sedangkan Ahmad Ismail berkata perkara yang benar. Tetapi Pak lah telah di asak oleh Gerakan supaya mengambil tindakan ke atas Ahmad. Akhirnya Ahmad yang menjadi mangsa. Gerakan pula kehilangan kuasa di Pulau Pinang.

Perwakilan MIC pro Samy Vello ini tidak berkata benar tetapi beliau hanya dilihat untuk melempiaskan kemarahannya atau kemarahan orang lain kepada Mahathir berikutan bekas PM itu yang mengkritik Samy dan menyokong Subra. Salahkah bekas PM itu menegur dan ianya telah dijelaskan oleh Mahathir bukannya masuk campur seperti yang disangkakan oleh ramai penyokong Samy. Ada berapa ribu orang yang bercakap perkara yang sama seperti mana apa yang Mahathir cakapkan. Adakah mereka ini masuk campur urusan MIC?

Selipar dan penyapu melambangkan ’sial’ bagi orang Melayu. Khir Toyo tumbang di Selangor kerana dikatakan bahana ’sial’ penyapu. Perlu apa nak cadangkan selipar dikalung pada gambar Mahathir sedangkan Samy sebelum ini adalah orang yang paling banyak mengalung bunga ke leher Mahathir. Mengapa sekarang baru hendak dikalungkan dengan selipar?

Saya merasakan perwakilan itu mungkin tidak berani bertindak seorang diri. Saya lebih percaya di belakang perwakilan ini mungkin ada Samy. Samy yang suruh kerana Samy terlalu marah di atas kritikan Mahathir apatah lagi Mahathir memberi sokongan terbuka kepada musuhnya, Subra. Beberapa hari sebelum perhimpunan ,Samy sering membuat kritikan-kritikan keras terhadap Mahathir. Pada fikiran saya ,Samy saja nak lepaskan geram dengan menyuruh seorang perwakilan ,sedangkan dirinya tidak tergamak dan tidak berdaya kerana semasa Mahathir menjadi PM, Samy lah yang paling banyak mencium tangan Mahathir.Bagi pengetahuan semua, Samy menjadi Presiden MIC sejak 4 Perdana Menteri Malaysia. Nasib baik dia kalah di Sungai Siput dalam pilihanraya Umum ke 12 lalu. Jika tidak dia kemungkinan akan dilantik sebagai menteri semula. Kekalahannya juga menyebabkan kerusi Menteri Kerjaraya telah diberikan kepada menteri Melayu. Ini juga menimbulkan keresahan kepada Samy, mujur juga MIC *******a menang di Tapah, Cameron dan Segamat daripada 9 kerusi Parlimen yang diperuntukan kepada MIC. Malah ketiga-tiga kerusi itu adalah ehsan orang Melayu kepada MIC. Pendek kata selepas Pilihanraya Umum ke 12, Samy memang sasau memikirkan nasib yang menimpa MIC dan bingung dengan sokongan orang India yang sudah beralih arah kepada PKR.

Dalam keadaan sasau dan bingung, Samy seolah-olah tidak boleh ditegur. Beliau cuba mencipta sejarah tersendiri dengan cuba mengembalikan sokongan orang India kepada MIC. Sebab itu beliau tidak mahu meletakkan jawatan ketika namanya di bawah. Beliau mahu meletakkan jawatan ketika namanya di puncak apabila MIC dapat mengembalikan keyakinan orang India kepada parti itu. Apabila dikritik oleh Mahathir, sukar untuk Samy menerimanya kerana beliau masih seorang presiden yang dikritik oleh seorang bekas presiden parti. Dengan bongkaknya, Samy ingin memalukan Mahathir kerana semasa Samy menjadi presiden MIC lah, orang India berani mencadangkan Mahathir dikalungkan dengan selipar di PWTC iaitu sebuah bangunan kepunyaan Melayu yang didirikan di zaman Mahathir.

Samy tahu bukan semua Melayu akan melenting. Melayu PAS dan Melayu PKR tentunya bersorak gembira. Mereka sudah lama menghina Mahathir dengan kata-kata seperti Mahafiraun, Mahazalim dan sebagainya. Sudah tentu apa yang dilakukan oleh perwakilan MIC itu akan mendapat sokongan daripada Melayu PAS dan Melayu PKR kerana Mahathir lah yang menjadi penghalang kepada PAS dan Anwar Ibrahim memerintah Malaysia. Samy tahu, bukan semua Melayu akan bangkit di seluruh negara, kalau ada pun di sana-sini hanyalah sekadar seperti membantah serangan Amerika ke atas Iraq pada tahun 1990an dahulu.

Apakah yang boleh dijadikan renungan untuk kita ialah hanya dengan menjadikan kita kuat semula barulah kita akan dihormati. Apabila kita lemah dan berpecah-pecah, seorang India penjual cendol pun boleh menghina bangsa dan agama kita sesuka hati.

Isnin, 14 September 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI


Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada semua.