Halaman

Khamis, 6 November 2008

MESYUARAT PERWAKILAN WANITA BAHAGIAN WANGSA MAJU 2008

Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO
Bahagian Wangsa Maju ~ 2008
Pendaftaran Nama Para Perwakilan

Bersama Wakil Bahagian UMNO Wangsa Maju

Mesyuarat Dimulakan

Pn. Hjh. Aminah Baharuddin
(Ketua Wanita UMNO Bahagian Wangsa Maju Bagi Tahun 2004~2007)

Pn. Hjh. Normah Mohd Saman
(Ketua Wanita UMNO Bahagian Wangsa Maju Bagi Tahun 2008~2011)

Setelah Keputusan Diumumkan






































































POLITIK WANGSA MAJU


Tuesday, November 4, 2008

POLITIK WANGSA MAJU : TAHUN 2008 AKAN MENCARI SATU KEPASTIAN POLITIK ATAUPUN PERMAINAN "KOLAM" DITERUSKAN ? SHAFIE ATAU ZAINAL ? SIAPA LEBIH HEBAT ?
WANGSA MAJU -- Persidangan UMNO Wangsa Maju yang dijadualkan Sabtu ini ( 8hb Nov ) di PWTC dijangka akan menarik perhatian pelbagai pihak kerana beberapa sebab :
1. Pertembungan satu lawan satu diantara Pemangku Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju Datuk Zainal Nazeri Zainuddin dan Penyandang Naib Ketua Bahagian Datuk Shafie Abdullah dimana Sahafie juga merupakan Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri ( Bakal Perdana Menteri ) di Kementerian Kewangan.
2. Penampilan semula Datuk Astaman Abdul Aziz ke kancah politik Wangsa Maju setelah selesai penggantunganya kerana kes politik Wang. Astaman Abdul Aziz yang sebelum ini merupakan mantan Ketua Bahagian Wangsa Maju dan bekas Ahli Parlimen Titiwangsa akan bertanding jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian. Astaman juga dikatakan mengidamkan jawatan Majlis Tertinggi dan sudah menawarkan diri untuk bertanding. Sehingga kini Astaman dilaporkan telah mendapat 15 pencalonan dan telah layak untuk bertanding.
3. Isu sms panas di Kuala Lumpur baru - baru ini, yang dikaitkan dengan seorang pemimpin UMNO dari Wangsa Maju yang dikatakan terlibat dengan politik wang. sms tersebut juga menyertakan sekali nombor laporan aduan yang telah dibuat kepada BPR dan kenapa tindakan tidak diambil sehingga hari ini .
4. Majlis rumah terbuka hari raya Datuk Shafie baru - baru ini telah dihadiri oleh beberapa pemimpin tertinggi UMNO termasuk bosnya Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Ali Rustam, Tan Sri Muhamad Taib, Datuk Seri Zulhasnan Rafique , pencabarnya Datuk Zainal Nazeri dan ramai lagi , sehingga mendapat liputan media yang luas. Apakah kehadiran mereka memberikan " endorsement" kepada Shafie ataupun sekadar memancing pencalonan ?
5. Dikatakan pilihan Ketua Pemuda Datuk Shafie telah tewas. Apakah ianya akan memberi kesan kepada pemilihan bahagian ?
6. Walaupun Zainal Nazeri dilihat seorang yang lebih " pasif " , apakah beliau akan berjaya mencipta sesuatu kejutan politik di Wangsa Maju ?
( Gambar di rumah terbuka Datuk Shafie baru - baru ini. DAN Gambar Datuk Astaman dan Zainal Nazeri )



Jumaat, 16 Mei 2008

"GURU OH GURU"

Dialah pemberi paling setia;
Tiap akar ilmu miliknya;
Pelita dan lampu segala;
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat;
Akar kesetiaan mengalirkan nasihat;
Pemimpin yang bertauliah segala umat;
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa;
Jika hari ini seorang Raja menaiki tahta;
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara;
Jika hari ini seorang ulama yang mulia;
Jika hari ini seorang peguam menang bicara;
Jika hari ini seorang penulis terkemuka;
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa;
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Dimana-mana dia berdiri di muka muridnya;
Disebuah sekolah mewah di Ibu Kota;
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu;
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa;
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku;
Budi yang diapungkan didulang ilmu;
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat;
menjadi kenangan ke akhir hayat.

"Selamat Hari Guru"

Khamis, 15 Mei 2008

MAJLIS 'HI TEA' SEMPENA SAMBUTAN HARI IBU ~ 14 MAY 2008 ANJURAN PERKIM ULU KLANG

Kenangan Bersama Datin Seri Rosmah

Beramah Mesra Bersama Datin Seri Rosmah


Tidak Ketinggalan....
Bergambar Bersama Mawi World









































"IBU TERSAYANG SENTIASA DIHATI"

Detik meniti waktu;
Masa mengiringi tika;
Hari berganti bulan;
Bulan berganti tahun;
Segalanya membawa perubahan.....

Namun kasihku tidak berpenjuru;
Sayangku tidak bertepi;
Cintaku tidak bersegi;
Kasih, Sayang dan cintaku;
Hanya untukmu.....

Kaulah tawaku;
Kaulah Penyuluhku;
Kaulah Jiwaku;
Kaulah Penawarku;
Setiap masa, setiap detik, setiap ketika....
Kaulah segalanya....

Bersama ucapan ini;
Kau iringkan doa;
Agar kebahagian;
Sentiasa menyeri hidupmu;
Dan semoga dirimu;
Mendapat keberkatan Illahi;

"SALAM KASIH TAK TERHINGGA"

"SELAMAT HARI IBU"

Ahad, 27 April 2008

LAWATAN KE "HOT SPRING" SUNGKAI, PERAK

Model-model dari Wangsa MajuAcara rendaman kaki dan badan

"Apalah yang disembangkan tu...serious nampak"