Halaman

Jumaat, 11 Mac 2011

PEMBANGKANG PERLU TERIMA HAKIKAT KEHENDAK RAKYAT

KUALA LUMPUR 11 Mac – Pembangkang perlu menerima hakikat bahawa kekalahan mereka dalam beberapa pilihan raya kecil yang diadakan membuktikan bahawa rakyat sudah dapat menilai siapakah yang seharusnya dipilih untuk mewakili.

Ketua Wanita UMNO Pahang, Datuk Rosni Zahari menyifatkan kemenangan berganda Barisan Nasional (BN) di pilihan raya kecil Dun Kerdau dan Merlimau membuktikan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan negara yang diterajui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


“Seperti biasa, pembangkang akan memberi pelbagai alasan apabila mereka kalah dalam pilihan raya, yang pasti mereka akan membuat pelbagai tuduhan kepada BN terutamanya UMNO apabila mereka kalah.

“Itulah perangai pembangkang apabila kalah, mereka akan tuduh kita menggunakan jentera kerajaan ketika berkempen serta bermacam-macam lagi tuduhan yang dilemparkan, tetapi apabila mereka menang nada itu berubah sama sekali,” katanya.

PERMUDAHKAN URUSAN PEMBIAYAAN SKIM RUMAH PERTAMAKU- PM

KUALA LUMPUR, 8 Mac – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta agar semua institusi kewangan yang terlibat di bawah Skim Rumah Pertamaku mempermudahkan segala urusan pembiayaan bagi membolehkan golongan muda memiliki rumah pertama mereka.

“Saya amat berharap bahawa segala urusan berhubung dengan skim ini dipermudahkan oleh institusi kewangan dan bukanlah sebaliknya.

“Mungkin skim ini tidak boleh memberi keuntungan yang besar kepada institusi kewangan tapi ini merupakan satu skim yang amat-amat bermakna kepada rakyat Malaysia,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Skim Rumah Pertamaku di sini hari ini.

Najib turut mempelawa bank-bank yang belum menyertai skim ini supaya melibatkan diri dengan inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat dengan sepenuhnya.

Beliau berkata sehingga kini skim ini berjaya melibatkan penyertaan lebih daripada 20 institusi kewangan termasuk institusi kewangan Islam.

Beliau juga berharap skim ini juga akan menggalakkan pemaju supaya membina lebih banyak rumah mampu milik untuk rakyat di Malaysia.

“Ini adalah komitmen kerajaan untuk mempertingkatkan kualiti hidup rakyat dalam usaha kita untuk menjadi sebuah negara maju.

“Kita selalu berpegang kepada prinsip keterangkuman (inklusif). Inklusif bererti bahawa kekayaan negara kita mestilah dibahagikan secara adil dan saksama dan di samping itu menegakkan satu prinsip yang sangat unggul yakni skim keadilan sosial,” katanya.

Sementara itu, Najib berkata dalam usaha untuk mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi, kerajaan telah mengenalpasti betapa pentingnya peningkatan kualiti hidup rakyat serta kewujudan persekitaran yang sesuai untuk meningkatkan produktiviti dan inovasi dengan adanya perumahan mampu milik bagi rakyat.

Katanya, keadaan ekonomi yang pesat berkembang serta penghijrahan ke bandar dan peningkatan keseluruhan dalam pendapatan boleh guna akan mengakibatkan peningkatan harga hartanah, terutama di kawasan bandar yang boleh menjangkau lebih daripada 30 peratus.

“Jika keadaan ini dibiarkan berterusan, ia akan menyebabkan golongan tertentu terutamanya mereka yang baru bekerja dan berpendapatan rendah atau sederhana rendah terlepas peluang memiliki rumah sendiri,” kata Najib.

Skim Rumah Pertamaku yang diumumkan Perdana Menteri semasa membentangkan Bajet 2011 pada Oktober lepas sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk memastikan rumah mampu dimiliki oleh rakyat berpendapatan rendah terutamanya di kawasan bandar.

Di bawah skim ini, kemudahan diberikan terutamanya kepada golongan muda yang baru bekerja dengan pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah mereka sendiri.

Melalui skim ini, individu terutama golongan muda yang berpendapatan bulanan kurang daripada RM3,000 boleh mendapat pinjaman sebanyak 100 peratus daripada institusi kewangan terpilih untuk rumah berharga antara RM100,000 dan RM220,000 dengan tempoh pembiayaan sehingga 30 tahun.

Ini bermakna kerajaan melalui Cagamas akan menjamin bayaran pendahuluan atau wang deposit sebanyak 10 peratus kepada pembeli rumah tersebut dan permohonan boleh dibuat secara langsung di cawangan-cawangan perbankan di seluruh negara mulai hari ini.

PM LANCAR SKIM RUMAH PERTAMAKU BANTU GOLONGAN MUDA

KUALA LUMPUR, 8 Mac – Skim Rumah Pertamaku, yang dilancarkan hari ini oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, menarik penyertaan lebih daripada 20 institusi kewangan, termasuk institusi kewangan Islam.

Najib berkata skim itu yang merupakan inisiatif kerajaan dengan kerjasama Cagamas Bhd dan institusi kewangan, dilaksanakan bagi mengurangkan beban golongan muda yang menghadapi masalah kos sara hidup serta harga hartanah yang tinggi di lokasi-lokasi tertentu di Malaysia.

“Ini juga akan membantu golongan muda di Malaysia memiliki rumah pertama mereka dengan cepat,” kata Najib pada pelancaran Skim Rumah Pertamaku itu, di sini hari ini.

Melalui skim ini, individu, terutama golongan muda yang berpendapatan bulanan kurang daripada RM3,000, boleh mendapat pinjaman 100 peratus daripada institusi kewangan terpilih untuk membeli rumah berharga antara RM100,000 dan RM220,000, dengan tempoh pembayaran sehingga 30 tahun.

“Ini bermakna, kerajaan, melalui Cagamas akan menjamin bayaran pendahulan atau wang deposit sebanyak 10 peratus kepada pembeli rumah tersebut,” kata Perdana Menteri.
“Diharapkan skim ini juga akan menggalakkan pemaju perumahan membina lebih banyak rumah mampu milik untuk rakyat Malaysia,” kata Najib.

Bank yang terlibat ialah Affin Bank Bhd, Affin Islamic Bank Bhd, Alliance Bank Malaysia Bhd, Alliance Islamic Bank Malaysia Bhd, AmBank Bhd, AmIslamic Bank Bhd, Bank Islam Malaysia Bhd, Bank Muamalat Malaysia Bhd, CIMB Bank Bhd, CIMB Islamic Bank Bhd, EON Bank Bhd, EONCAP Islamic Bank Bhd, Hong Leong Bank Bhd, Hong Leong Islamic Bank Bhd.

Maybank Bhd, Maybank Islamic Bank Bhd, OCBC Bank Malaysia Bhd, OCBC Al Amin Bhd, Public Bank Bhd, Public Islamic Bank Bhd, RHB Bank Bhd, RHB Islamic Bank Bhd, United Overseas Bank Malaysia Bhd, Standard Chartered Bank Malaysia Bhd, Standard Chartered Saadiq Bhd dan Cagamas Bhd (CSC Department).

Ketika pembentangan bajet 2011, tahun lepas, Perdana Menteri mengumumkan beberapa inisiatif untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat.

Ini termasuk peruntukan sebanyak RM568 juta untuk membina 300 unit menerusi Projek Bantuan Perumahan Bandar, 79,000 unit menerusi Program Perumahan Rakyat dan 8,000 unit dalam Projek Bantuan Rumah Sewa.

“Peruntukan tambahan sebanyak RM50 juta disediakan, khususnya untuk membantu pekerja estet miliki rumah dalam Skim Pembiayaan Perumahan Kos Rendah,” kata Najib.

Rabu, 9 Mac 2011

KEMENANGAN BERGANDA BN LAMBANG PENERIMAAN RAKYAT

Temerloh, 6 Mac – “Kita bersyukur di atas kemenangan calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad dan mengucapkan tahniah atas kerja keras jentera BN sepanjang tempoh berkempen bagi memastikan kemenangan calon BN hari ini,” ujar Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.

Katanya, kemenangan ini adalah kemenangan rakyat Kerdau dan rakyat Pahang secara umumnya, dan ia memberikan motivasi daripada Perlis sampailah ke Sabah.

“Mudah-mudahan BN akan terus di hati rakyat Malaysia dengan kemenangan berganda di Kerdau, di Merlimau dan di pilihan raya sebelum ini,” ujarnya ketika ditemui UMNO-Online di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi Pilihan Raya Kerdau di Dewan Tun Razak, Temerloh.

Dalam masa yang sama, Ahmad menegaskan antara punca peningkatan majoriti yang diperolehi calon BN adalah kerana keyakinan pengundi kepada pucuk pimpinan BN terutamanya Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, selain jentera yang telah melaksanakan tugas dengan berkesan selaras dengan dasar-dasar yang dibawa kerajaan.

“Calon kita juga memainkan peranan penting dalam peningkatan majoriti BN kali ini. Kedua-dua calon kita di Merlimau dan khususnya di Kerdau ini, Syed Ibrahim yang cukup dikenali dan diterima oleh masyarakat di Kerdau.

Penambahan undi di Felda sebagai kita punya `fix deposit’ di kawasan ini,” tambahnya.
Dalam masa yang sama, beliau yakin dengan kemenangan berganda, selain tiga pilihan raya kecil di Galas, Batu Sapi dan Tenang baru-baru ini yang tentunya memberi motivasi cukup hebat untuk Pilihan Raya Umum ke-13. – MediaUMNO

JENTERA BN TINGKATKAN MOTIVASI HASIL KEMENANGAN DI MERLIMAU & KERDAU

SEREMBAN, 8 Mac – Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan berkata kemenangan berganda yang dikecapi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Merlimau dan Kerdau perlu dijadikan dorongan dan motivasi kepada jentera BN untuk terus berusaha pada masa akan datang.

Katanya kemenangan itu sepatutnya menambah motivasi kepada seluruh jentera BN terutamanya untuk menawan kawasan yang kalah dan meningkatkan majoriti kepada kawasan yang menang.

“Sepanjang tempoh tiga tahun ini, kita telah melalui 16 PRK dan daripada jumlah itu kita telah berjaya dalam lapan pilihan raya dan selebihnya dimenangi oleh pembangkang.

“Walaupun pembangkang telah menang lapan pilihan raya, tetapi sebanyak tiga PRK yang dimenanginya itu adalah disengajakan, iaitu bukan disebabkan kematian, misalnya di Permatang Pauh, Penantian dan Bukit Selambau,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan pelancaran FiMos dan sambutan ulang tahun Instrak ke-10 di sini hari ini.

Oleh itu, katanya pembangkang hanya menang lima sahaja berbanding BN yang telah berjaya memenangi lapan kerusi, termasuk merampas kerusi milik pembangkang.

“Dengan itu jadikanlah setiap kemenangan yang diperolehi itu sebagai motivasi kepada kita untuk terus menawan kawasan pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-13 ini,” katanya.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata jika seluruh jentera BN bekerja keras dan melaksanakan tugas dengan bersungguh-sungguh, sudah pasti kejayaan akan dapat dicapai.

“Kalau kita bersungguh-sungguh, kita pasti akan dapat tawan kawasan pembangkang, seperti yang kita lakukan di Galas dan Hulu Selangor.

“Dan jika kita bekerja keras pula sudah pasti, kita dapat menambah bilangan majoriti yang sedia ada seperti di Batu Sapi, Batang Ai, Kerdau dan Merlimau yang dilihat majoritinya semakin bertambah,” katanya.

Ahad, 6 Mac 2011

ANWAR DISESAH DI KERDAU DIDEPAN PENYOKONG TEGARNYA, BERUCAP HANYA 20 MINIT, PANAS SEPERTI CACING KEPANASAN

Assalammualaikum,sudah lama tidak menulis, al maklum sibuk berceramah disana sini tiap malam samaada di merlimau mahupun di kerdau.Apa pun pandangan penyokong tegarnya terhadap saya, namun nawaitu saya amat jelas bagi mematikan segala dakyah pembohongan al juburin dan azmin selama 13 tahun di talqinkan dan dikuburkan sama sekali.
Kesian orang melayu tertipu, sampai berpecah 3, mereka peduli apa, janji dapat kuasa mengkayakan keluarga dan kroni-kroni mereka, yg menjadi mangsa adalah rakyat jelata.Maka sebab itu saya terpanggil membenamkan segala hipokrasi mereka, bagi mereka yg masih taksub kepada juburin, perbanyakkan lah solat dan istiharah dan berdoa allah tunjukkan kebenaran dan beri anda jawapan, benci saya pun tak pe, yg penting anda tidak terus BERSEKONGKOL DENGAN ORANG YG NABI TAK MENGAKU UMAT DAN AGEN YAHUDI YG BERHAJAT BESAR UNTUK MENGHANCURKAN NEGARA.
Bukti apa lagi, segala sijil saham yg dah ditonjolkan bernilai puluhan juta sebagai imbuhan perkhidmatan seks oleh samsidar kepada anwar yg saya buktikan pun anda tak percaya, kronologi cerita dari tarikh setahun sebelum anu war di pecat pun anda tak percaya, warkah keramat perihal salah laku tpm bertarikh 5 ogos 1997 pun anda tak percaya, tapi bagaimana nak memadamkan sejarah bukti penangkapan saya oleh 50 polis dan penderaan saya tanpa henti selama 48 jam, tahanan rumah selama hampir setahun ,pemaksaan surat akaun bersumpah yg mengaitkan saya dengan teori konspirasi yg didraf oleh sijuburin, apa kah sejarah itu boleh direka reka atau dipadamkan sahaja dari rekod polis bukit aman, semuanya adalah realiti dan benar-benar telah terjadi, so di manakah otak biol dan samdul anda wahai penyokong-penyokong tegar parti kencing rakyat.Bukti yg nyata terbaru, pertembungan saya dengan sijuburin di kerdau , berdepan lagi, kenapa LARI SELEPAS 20 MINIT, APA PUNGGUNG KAU PANAS KE NUAR, ATAU TELINGA KAU TERBAKAR TAK TAHAN DENGAR SEGALA KEKEJIAN DOSA KAU YG DITELANJANGKAN DIDEPAN UMUM,SERTA PENIPUAN DAN LAKUNAN KAU SELAMA INI.
Tak pernah sijuburin berceramah hanya 20 minit dengan nada yg lemah tak bermaya, selalunya berapi-rapi memaki hamun najib, rosmah, dan kerajaan tapi hari tu mcm orang yg menunggu nak dihukum gantung. Ha ha baru kau tau, langit tak selalu cerah,buku bertemu ruas, kalau pemimpin umno kecut perut dengan kau nak berlawan, tapi dengan aku kau lari lintang pukang.
KALAU TAK BENAR, KENAPA AKU BEGITU BERANI MENYESAH KAU DENGAN BERAPI RAPI TEMPOH HARI DIDEPAN RIBUAN PENYOKONG KAU.KENAPA, KENAPA????????Itu belum lagi PELURU BERPANDU KU YG AKAN DILANCARKAN TIDAK LAMA LAGI, KECUALI KAU DAN AZMIN BERTAUBAT, MASA TU AKU RASA HAH, BARU KAU MENYESAL MEMBOHONGI RAKYAT SELAMA INI DENGAN IMEJ ISLAMIK KAU ANAK BERANAK, TAPI SEMUA MUNAFIK, PELAKUN HANDALAN, GUNAKAN ISLAM NAK SILAP MATA DENGAN RAKYAT YG BIOL DAN SAMDUL,TAPI INGAT WAHAI ANWAR DAN KELUARGA, AZMIN DAN SAMSIDAR, KAU BOLEH TIPU BERBILLION MANUSIA DIDUNIA, TAPI ALLAH YG SATU KAU TAK BOLEH TIPU, TUNGGU HUKUM KARMA BUAT KAMU SEMUA.
Sekarang pun dah nampak orang-orang kanan, kawan-kawan baik mula menjadi musuhmu.Apa pun wahai penyokong setiaku terimaksih lah diatas segala sokongan dan doa, serta sudi-sudikan lah tengok video saya berentap dengan anu war dlm blog parpukari atau gambar-ganbar dlm blog gap dan minaq jinggo,SERTA JANGAN LUPA BELI PAPER THE STAR HARI INI PAGE F22.Assalammualaikum, ketemu lagi, moga kemenangan buat calun BN di kerdau dan merlimau, amin.