Halaman

Khamis, 15 Mei 2008

"IBU TERSAYANG SENTIASA DIHATI"

Detik meniti waktu;
Masa mengiringi tika;
Hari berganti bulan;
Bulan berganti tahun;
Segalanya membawa perubahan.....

Namun kasihku tidak berpenjuru;
Sayangku tidak bertepi;
Cintaku tidak bersegi;
Kasih, Sayang dan cintaku;
Hanya untukmu.....

Kaulah tawaku;
Kaulah Penyuluhku;
Kaulah Jiwaku;
Kaulah Penawarku;
Setiap masa, setiap detik, setiap ketika....
Kaulah segalanya....

Bersama ucapan ini;
Kau iringkan doa;
Agar kebahagian;
Sentiasa menyeri hidupmu;
Dan semoga dirimu;
Mendapat keberkatan Illahi;

"SALAM KASIH TAK TERHINGGA"

"SELAMAT HARI IBU"