KUALA LUMPUR 30 Julai – Kehadiran Bulan Ramadhan tidak akan membataskan kerja-kerja yang dilakukan Wanita UMNO selama ini terutama membabitkan program kebajikan untuk membantu rakyat.
Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata berkata beliau sudah mengarahkan semua 20, 222 cawangan Wanita UMNO di seluruh negara melalui Wanita Bahagian menjalankan aktiviti seperti biasa.
“Bulan Ramdhan tidak harus dijadikan alasan, kita harus menggunakan kehadiran Ramadan ini sebagai bulan untuk kita membuat kebajikan selain melakukan ibadah puasa kita juga boleh melakukan kerja-kerja kebajikan, kerana itu juga adalah suatu ibadah.
“Kerja itu bukan sahaja tertumpu kepada orang Islam, malah turut merangkumi semua bangsa tanpa mengira pegangan agama kerana itu adalah sebahagian daripada tanggungawab Wanita UMNO untuk mendekati rakyat,” katanya selepas mempengerusi mesyuarat bulanan Exco Wanita di Ibu Pejabat Wanita UMNO Malaysia.
Mengenai jumlah peruntukkan kerusi untuk Wanita UMNO pada pilihan umum ke 13 nanti, Shahrizat berkata perkara itu diserahkan kepada pucuk kepeimpinan parti dan berharap ada peningkatan pada pilihan raya akan datang.
“Pengiktirafan wanita di negara ini dalam apa jua sektor sudah ada peningkatan berbanding sebelum ini, hanya di peringkat politik sahaja dan saya yakin pada pilihan raya akan datang wanita juga akan diberikan pengiktirafan serupa,” katanya.
Sementara ini, Sharizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengucapkan takziah kepada keluarga Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, berikutan kematian Mohd Ashraf individu yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana selepas melakukan pembedahan jantina dua tahun lalu.
Menurutntya, sebelum ini kementerian beliau sudah pun menawarkan khidmat bantuan bimbingan kepada allahyarham untuk membantu terhadap masalahan dihadapi kerana memahami apa yang dilaluinya.
“Kita dari dulu, prihatin dengan apa yang dilalui oleh allahyarham, pendekatan kami adalah pendekatan bantuan serta bimbingan kepada sesiapa sahaja dan bukannya untuk menghukum orang, sebab itu akami menawarkan bantaun bimbingan kepadanya.
“Namun jika keluarganya ingin mendapayt bantuan, keluarga terbabit boleh menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat dan kami sedia membantu,” katanya.