Halaman

Rabu, 10 Ogos 2011

UMNO BAHAGIAN PERLU PERKUKUH PERPADUAN

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan ahli UMNO untuk mengukuhkan perpaduan dan penyatuan pada peringkat bahagian yang menjadi tonggak kekuatan kepada parti dan untuk berjaya pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13.

Perdana Menteri berkata, bahagian adalah rumah tangga induk dalam pertubuhan dan kekuatan parti bersandarkan kekuatan itu.

Presiden UMNO itu berkata, ia adalah antara tiga faktor yang menjadi panduan kepada ahli parti untuk mencapai kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang. PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan ahli UMNO untuk mengukuhkan perpaduan dan penyatuan pada peringkat bahagian yang menjadi tonggak kekuatan kepada parti dan untuk berjaya pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13.
“Saya berharap kita semua dapat menjaga ‘rumah tangga’ kita dalam parti terutama pada peringkat bahagian. Jika benar-benar padu, seia sekata, kita akan beri kekuatan yang lebih untuk berjaya pada pilihan raya akan datang, “Jadi, pupuklah perpaduan ini, jika tidak ada apa-apa yang tidak kena, cuba betulkan. Janganlah kita mewujudkan politik mengikut puak masing-masing pada peringkat bahagian,” katanya pada majlis berbuka puasa bersama sahabat beliau di Seri Perdana di sini, malam tadi. Majlis itu dihadiri kira-kira 1,200 tetamu. Turut hadir isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor.

Najib berkata, satu lagi faktor penting ialah mendekatkan diri dengan rakyat dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) mesti dilihat dan diterima sebagai parti yang memperjuangkan kepentingan dan kesejahteraan rakyat.

Katanya, faktor ketiga, ahli parti perlu mengutamakan kepentingan parti dalam proses pembaharuan dan transformasi politik yang sedang diperjuangkan, dan salah satu tonggak transformasi itu ialah mengetengahkan calon yang boleh menang.