Halaman

Rabu, 3 Mac 2010

MENGENALI PENYAKIT KANSER

Tahukah anda bahawa setiap orang mempunyai sel kanser dalam badan mereka? Sel-sel kanser ini tidak akan menyerlah dalam ujian biasa sehingga ia telah berganda sehingga tahap billion. Apabila seorang pesakit diberitahu bahawa dirinya telah bebas dari sel kanser, ia cuma bermakna bahawa ujian yang dijalankan tidak mampu mengesan sel kanser ini sehingga ia membesar kepada satu saiz yang boleh dikesan.
Apabila kemoterapi dilakukan ia bukan sahaja akan membunuh sel kanser yang cepat berkembang, tapi juga sel yang sihat dalam tulang sum-sum, usus gastro dan lain yang akan mengakibatkan kerosakan kepada hati, buah pinggang, jantung dan paru-paru. Radiasi pula akan membakar, merosak dan membinasa sel-sel, tisu dan organ yang sihat. Juga walaupun di awal rawatan kemoterapi dan radiasi, saiz tumor akan mengecut tetapi rawatan akan membantu sel kanser ini membiak. Jadi apakah makanan-makanan ini?
Sumber Makanan Kanser
Gula merupakan makanan kanser. Dengan menghalangnya, kita telah menamatkan satu sumber bekalan makanan yang penting untuk sel kanser.
Susu menyebabkan badan mengeluarkan lendir, terutama dalam saluran usus gastro. Dengan menggantikan susu dengan soya tanpa gula, sel kanser tidak akan mendapat bekalan makanannya.
Sel kanser hidup dalam persekitaran yang asidik. Oleh kerana makanan berasaskan daging adalah asidik, kita dinasihatkan mengurangkan segala makanan yang berdaging. Di sesetengah ladang ternakan, untuk mempercepatkan kadar penghasilan daging, haiwan ternakan kerap disuntik dengan antibiotik dan hormon tumbesaran. Daging juga mempunyai pelbagai parasit, yang semuanya bahaya bagi pengidap kanser. Diet yang terdiri daripada sayur-sayuran yang segar, jus buah-buahan, kekacang dan buah-buahan akan menukarkan badan kepada persekitaran yang beralkalin.
Elak dari minuman kopi, teh dan coklat yang mengandungi kandungan kafein yang tinggi. Sebaliknya teh hijau lebih baik dan mempunyai khasiat melawan kanser. Bagi air pula adalah lebih baik meminum air yang ditapis untuk mengelak toksin dan logam dalam air paip. Air suling mengandungi asid dan perlu dielak.
Suplemen seperti anti-oxida, vitamin dan mineral dapat membina sistem imun untuk membolehkan sel pembunuh di dalam badan menghapuskan sel kanser. Vitamin E pula terkenal sebagai pembunuh sel, iaitu kaedah tubuh untuk menghapuskan sel yang telah rosak atau tidak diperlukan secara normal.
Kanser juga merupakan penyakit minda, badan dan spiritual. Sikap yang proaktif dan positif dapat membantu pahlawan kanser menjadi penyelamat. Sikap marah, tidak memaafi, dan kecewa, membuat tubuh kita menjadi lebih stres dan dalam keadaan asidik. Oleh itu jadilah seorang yang mempunyai sifat penyayang dan pemaaf. Belajarlah untuk relaks dan menikmati hidup.