Halaman

Selasa, 11 Januari 2011

WANIT AKUR SIAPA SAHAJA CALON BN DI TENANG

LABIS 10 Jan – Wanita UMNO tetap akur dengan apa sahaja keputusan pucuk kepimpinan parti dalam menentukan siapakah yang akan menjadi calon untuk bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) DUN Tenang, pada 30 Januari nanti.

Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bagaimanapun berharap pucuk kepimpinan BN dapat pertimbangan cadangan Wanita UMNO supaya memberi peluang kepada calon wanita untuk bertanding pada PRK Dun Tenang nanti.

“Walau siapa sahaja yang menjadi calonkan pada PRK ini, Wanita UMNO tetap akan bekerja keras seperti mana PRK sebelum ini, apa yang penting ialah BN bukan sahaja dapat mempertahankan kerusi DUN Tenang malah mampu meningkat jumlah majoriti undi daripada yang diperolehi pada pilihan raya 2008.

“Bagaimanapun, kami berharap kali ini, calon wanita dberi peluang untuk menjadi calon di Tenang, dan Wanita UMNO sudah pun mencadangkan nama yang bersesuaian untuk menjadi calon pada PRK DUN Tenang.

“Perkara ini kita serahkan kepada Datuk Seri Najib, saya pasti beliau akan mengambil kira semua cadangan yang diterima dan apa yang paling penting BN dapat mempertahankan kerusi DUN Tenang,” katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan Jentera Jalinan Rakyat Wanita BN bagi PRK DUN Tenang.

PRK DUN Tenang diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya Allahyarham Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disimber lalu. Penamaan calon akan diadakan pada 22 Januari ini dan jika ada pertandingan hari pengundian akan diadakan pada 30 Januari.

Shahrizat berkata, berdasarkan peratusan jumlah pengundi wanita di DUN Tenang hampir menyamai jumlah pengundi lelaki dan berharap perkara itu turut diambil kira dalam menentukan bakal calon yang bertanding di DUN Tenang.

Sementara itu, menurutnya perjumpaan yang diadakan adalah pertemuan yang biasa dilakukan oleh Wanita BN setiap kali PRK diadakan dalam usaha memantapkan jentera parti.

“Pertemuan ini adalah pertemuan biasa yang diadakan bukan sahaja membabitkan Wanita UMNO tetapi semua jentera Wanita BN di Labis dalam usaha memperkemaskan jentera yang akan membantu pada PRK ini.

“Saya turut mengingatkan petugas-petugas supaya bekerja keras bagi memastikan kemenangan kepada BN, walaupun DUN Tenang adalah kerusi BN, ia bukanlah alasan untuk kita mengambil mudah.

“Gerak kerja yang dilakukan adalah sama seperti gerak kerja di PRK sebelum ini, program kebajikan dan kemasyarakatan adalah gerak kerja utama yang akan dilaksanakan sama seperti di tempat lain,” katanya.