Halaman

Ahad, 12 Februari 2012

MAJLIS TAHLIL DAN TAZKIRAH ~ DEWAN MASYARAKAT, SEKSYEN 2
















Majlis ini dihadiri seramai 40 orang yang terdiri daripada kaum-kaum Ibu Penduduk Setempat, Ketua Wanita Bahagian Wangsa Maju, AJK Biro Penerangan, Ketua Cawangan dan AJK Cawangan Seksyen 2. Bacaan Yassin diketuai oleh Pn Aseriani Silong dan Tazkirah disampaikan oleh Ust. Omar yang bertajuk Kepimpinan Rasulullah sempena bulan Maal Hijrah. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar sepertimana yang dirancangkan. Dengan adanya majlis sebegini dapat kita mengeratkan silatulrahim. Kaum-kaum Ibu yang hadir bukannya daripada mana -mana ahli parti.

Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung kerana memberi sokongan dan kerjasama kepada Biro Penerangan Wanita Bahagian Wangsa Maju untuk menjayakan majlis tersebut. InsyaAllah panjang umur kita akan bertemu di program atau majlis yang lain.