Halaman

Rabu, 6 Jun 2012

WAJAH BERSIH DENGAN SKRUB TOMATO


Khasiat buah tomato sememangnya tidak perlu dipersoalkan lagi apabila banyak produk yang menggunakan bahan organik ini sebagai bahan utama dalam pembuatan produk mereka.

Tomato bukan sahaja boleh dimakan malahan turut boleh digunakan sebagai skrub kulit muka yang mana boleh membantu menghakis kulit mati, jeragat hitam dan membantu melindungi kulit muka daripada pancaran sinaran matahari yang boleh mengakibatkan kerosakan kulit.

Selain daripada untuk wajah, khasiat tomato turut diperakui oleh pakar perubatan di Harvard yang dikatakan mampu membantu menghalang penyakit kanser, diabetes dan penyakit hati.

Ikuti cara pembuatan sendiri (do it yourself) tomato skrub untuk kulit wajah agar tampil berseri.

1. Sediakan sebiji tomato segar yang telah dibasuh bersih
Untuk membuat skrub, sebiji buah tomato segar yang telah dibasuh bersih diperlukan. Kemudian dipotong setengah untuk digunakan. Simpan lebihan di dalam peti sejuk untuk memastikan kesegarannya.

2. Sediakan dua sudu gula pasir
Untuk langkah seterusnya, letakkan gula pasir ke atas permukaan rata buah tomato yang telah dipotong tadi.

3. Sapukan kepada wajah
Gosokkan skrub tomato tersebut di atas permukaan wajah anda secara perlahan-lahan selama lima minit. Pastikan anda memberi perhatian kepada bahagian kulit muka yang sensitif seperti di sekitar hidung dan dahi.

4. Bilas wajah dengan air bersih
Biarkan wajah anda menyerap khasiat buah tomato itu selama lima minit sebelum membersihkannya dengan air suam secara perlahan-lahan.

5. Lap wajah sehingga kering
Jangan biarkan wajah anda yang sudah bersih dikotori bakteria lain. Pastikan selepas anda anda membasuh wajah anda, lap dengan menggunakan tuala muka yang bersih dan kering.