Halaman

Jumaat, 3 September 2010

SHAHRIZAT LEPASI SASARAN KPI-PM

BANGI, 25 Ogos – Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berbangga Menteri Pembangunan Wanita melepasi sasaran melahirkan 2,000 usahawan wanita.

Sekali gus, Perdana Menteri, berkata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melepasi Petunjuk Prestasi Utama (KPI).

“Saya dimaklumkan sehingga kini, 3,255 usahawan wanita berjaya dilahirkan.

“Ini sesuatu yang membanggakan kerana pencapaian ini melebihi sasaran awal yang ditetapkan iaitu 2,000 usahawan wanita menjelang akhir 2010.

“Ini menjadikan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melewati Petunjuk Prestasi Utama (KPI),” katanya ketika berucap merasmikan sambutan Hari Wanita Peringkat Kebangsaan 2010 di Universiti Kebangsaan Malaysia, di sini, hari ini.

Menurutnya, peraturan baru itu dijangka memberi faedah kepada 6.5 juta orang seperti suri rumah, ibu tunggal, pesara, orang kurang upaya dan pelajar institusi pengajian tinggi yang ingin bekerja separuh masa.

Beliau seterusnya mengumumkan: “Sebagai menghargai pengiktirafan dan penghargaan serta sumbangan wanita kepada negara, kerjaaan bersetuju memperkenalkan dua anugerah kebangasaan iaitu anugerah usahawan wanita terbaik dan aktivitis sosial wanita terbaik dan akan disampaikan pada sambutan hari wanita akan datang.”