Halaman

Rabu, 22 September 2010

KASIHAN NIK AZIZ

KUALA LUMPUR 21 Sept – `Saya rasa kasihan pada Nik Aziz (Menteri Besar Kelantan), saya tak tahu apa nak jadi pada dia, segala inti pati statement(kenyataan) yang di buat sejak kebelakangan ini. Saya tak payah bercakap banyak apa yang dia dok (sering) cakapkan.

“Saya geleng kepala tengok kenyataannya, saya pasti ramai rakyat yang baca kenyataan Datuk Nik Aziz akan merasa kasihan kepadanya, terpulang kepada rakyat Malaysia untuk menilainya,” kata Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Nik Aziz yang mengatakan beliau tidak berbangga menjadi bangsa Melayu, kenyataan tidak menimbulkan rasa tidak senang di kalangan orang Melayu.

Shahrizat berkata, beliau merasa kesal dengan apa yang dinyatakan Nik Aziz sejak kebelakangan ini kerana membuat kenyataan kontroversi sehingga menimbulkan perspektif negatif orang ramai terhadap Mursyidul Am Pas itu.

Menurutnya, Nik Aziz sering membuat kenyataan yang tidak tetap dan sering berubah-ubah termasuk membuat tafsiran al-Quran sehingga mengelirukan rakyat.

“Saya golongan lebih muda daripada dia, diajarkan supaya menghormati orang tua, apa bila saya melihat kepimpinan Nik Aziz, saya rasa kasihan, sepatutnya dia lebih bijak dan berfikiran bila membuat sesuatu kenyataan.

“Dalam keadaan yang sudah berumur, sepatutnya Nik Aziz bijak untuk keluarkan pendapat, bukannya kenyataan yang mengelirukan, apa yang dikatakan itu boleh menyebabkan hilang hormat kepadanya,” katanya.

Shahrizat berkata, beliau tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai Nik Aziz dan terpulang kepada rakyat untuk menilainya.